• Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
Premier ClinicPremier ClinicPremier ClinicPremier Clinic
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
✕
Home
Treatments
Rawatan Pembekuan Lemak (CoolSculpting Cryolipolysis)

Rawatan Pembekuan Lemak (CoolSculpting Cryolipolysis)

  • Apa itu rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting
  • Bagaimana rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting berfungsi
  • Kebaikan rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting
  • Tempoh masa pemulihan rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting
  • Bagaimana rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting berfungsi
  • Kebaikan rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting
  • Tempoh masa pemulihan rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu Rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting?

How does ZeltiqCoolSculpting work

Walaupun telah mengamalkan gaya pemakanan sihat dan senaman berkala, masih terdapat ramai individu yang terpaksa bekerja keras untuk menurunkan berat badan kerana wujudnya sel lemak degil. Rawatan Pembekuan Lemak (CoolSculpting Cryolipolysis) menggunakan teknologi penyejukan yang membekukan tisu berlemak. Rawatan ini memfokuskan kepada sel lemak (lemak degil) dan pada masa yang sama tidak menjejaskan kesihatan tubuh yang lain. Lemak subcutaneous adalah lemak yang wujud dibawah kulit dan lemak jenis ini lebih degil dari lemak visceral. Apabila tisu lemak mula pecah, proses semulajadi tubuh akan mula membersihkan dan membuang sel lemak. Lama-kelamaan anda akan mendapat tubuh yang langsing.

Teknik penyejukan ini mendapat kelulusan daripada FDA dan telah dilakukan dengan kerap di serata dunia menjadikan rawatan ini satu pilihan utama dalam kalangan individu yang mencari rawatan yang tidak melibatkan pembedahan seperti liposuction. Rawatan ini tidak mempunyai jangkaan tempoh kesan rawatan dan ini membolehkan anda menjalani rutin harian seperti biasa sejurus selepas rawatan.

Bagaimana Rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting berfungsi?

Kaedah penyejukan terkawal digunakan di bahagian tertentu yang mempunyai lemak degil (lemak subcutaneous) dan pembekuan sel lemak ini dilakukan tanpa menjejaskan kulit dan sel-sel berdekatan. Sel-sel lemak degil ini kemudiannya akan mati dan tubuh anda akan menyingkirkan sel-sel mati ini secara semulajadi sepanjang bulan-bulan berikutnya. Semakin rendah sel lemak bermaksud tubuh anda semakin cantik.

Rawatan Pembekuan Lemak ini sangat sekejap dan anda hanya akan mengalami kesan lebam atau kemerahan yang tidak ketara dan kesan-kesan ini akan hilang dalam masa yang singkat.  Sesi-sesi berikutnya akan membantu mencantikkan lagi bentuk tubuh anda dan doktor anda akan menasihatkan anda tentang tindakan lanjut berdasarkan keadaan anda.

Benefits of Zeltiq CoolAdvantage  Benefits of Zeltiq CoolAdvantage

Benefits of Zeltiq CoolAdvantage  Benefits of Zeltiq CoolAdvantage

Kebaikan Rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting

Ramai orang beranggapan bahawa pengurangan lemak dan pengurangan berat adalah sama. Sebenarnya apabila anda menurunkan berat badan, sel lemak hanya mengecil dan tidak berkurang. Apabila berat anda naik semula, sel lemak tadi akan kembali membesar kepada saiz asalnya. Teknik Rawatan Pembekuan Lemak mengurangkan jumlah sel lemak dalam tubuh anda; ini bermakna berat badan anda tidak akan naik seperti sebelumnya. Jumlah sel lemak di bahagian yang tidak dirawat juga tidak akan berubah bermaksud anda tidak perlu risau mengenai pertambahan berat di bahagian lain tubuh. Antara kebaikan lain Rawatan Pembekuan Lemak adalah:

  • Lebih daripada satu bahagian tubuh yang boleh dirawat dalam satu sesi rawatan
  • Rawatan ini sesuai untuk semua peringkat umur
  • Rawatan rendah risiko. Risiko jangkitan kuman rendah
  • Satu rawatan yang selesa dan ringkas dan pesakit tidak perlu dibius sebelum menjalani rawatan
  • Meningkatkan keyakinan diri kerana perubahan positif pada penampilan anda

What Problems Does It Help?

Benefits of Zeltiq CoolSculpting 02

MASALAH YANG BOLEH DIBANTU

Mencantikkan Bentuk Tubuh / Menghilangkan Lemak Tubuh

Rawatan Pembekuan Lemak adalah teknik yang digunakan untuk membuang sejumlah kecil lemak bawah kulit (lemak subcutaneous) yang degil dan tidak boleh dihilangkan hanya dengan mengamalkan diet sihat atau senaman fizikal. Rawatan ini dilakukan  di bahagian tubuh yang mempunyai lemak yang tidak dikehendaki seperti perut, pinggul, bahagian atas lengan, paha, belakang, dan garisan bra.  Rawatan ini juga membantu menyingkirkan lemak dengan cepat tanpa pembedahan. Rawatan Pembekuan Lemak disarankan kepada mereka yang telah mencapai berat ideal, bukannya salah satu cara untuk mengurangkan berat badan. Sel-sel lemak akan membeku dengan kaedah rawatan ini. Sel-sel lemak yang telah membeku dan mati akan disingkirkan dari tubuh melalui hati dalam masa beberapa minggu selepas rawatan.

Benefits of Zeltiq CoolAdvantage  Benefits of Zeltiq CoolAdvantage  

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
Play Video
×

Pengawasan keselamatan semasa melakukan Rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting

Pesakit dijangka akan mengalami sedikit pembengkakan, lebam dan kemerahan kulit di kawasan bahagian yang dirawat. Walau bagaimanapun, kesan-kesan ini akan hilang dalam masa 7 hingga 10 hari. Rawatan ini tidak sesuai untuk wanita mengandung atau wanita yang cuba untuk mengandung dan wanita yang menyusukan bayi. Antara syarat lain yang tidak membenarkan anda menjalani rawatan ini adalah:

  • Gangguan saraf (Diabetic neuropathy)
  • Keradangan kulit
  • Penyakit kulit yang disebabkan oleh gangguan sistem imun badan (ekzema, psoriasis)
  • Tahap sensitif atau daya tahan sejuk yang abnormal

How does ZeltiqCoolSculpting work

Kesan sampingan Rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting

Rawatan ini tidak menyebabkan komplikasi atau kesan sampingan yang serius seperti berdarah, kulit bertukar warna atau berparut. Kesan alergik di kawasan rawatan juga sangat jarang berlaku kerana rawatan ini tidak melibatkan luka di kulit, ubat bius atau ubat-ubatan.

Jangkaan tempoh kesan rawatan bagi Rawatan Pembekuan Lemak Coolsculpting

Tiada jangkaan tempoh kesan rawatan bagi kaedah rawatan ini. Anda boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa sejurus selesai rawatan.

Benefits of Zeltiq CoolAdvantage  Benefits of Zeltiq CoolAdvantage

KOS RAWATAN RAWATAN PEMBEKUAN LEMAK COOLSCULPTING

Secara purata, caj Rawatan Pembekuan Lemak ini dianggarkan antara RM 2,500 dan RM 6,000 per sesi. Harga bagi setiap rawatan adalah bergantung kepada bahagian tubuh yang hendak dirawat dan juga jenis  applicator yang digunakan. Semakin kecil bahagian yang dirawat, semakin rendah harganya. Jumlah bilangan sesi rawatan yang dilakukan juga boleh menambahkan kos yang terlibat.

Harga Rawatan Pembekuan Lemak di Klinik Premier akan bergantung sepenuhnya kepada jenis applicator yang digunakan dan juga bahagian tubuh yang hendak dirawat. Beberapa jenis applicator yang digunakan adalah seperti coolcurve, coolmax, coolmini dan lain-lain. Harga bagi rawatan jenis ini bermula dari RM 2,800 ke atas bagi setiap sesi. Hanya doktor atau pembekal coolsculpting yang boleh menentukan jenis applicator yang sesuai untuk masalah anda.  Selain itu, doktor-doktor kami telah dilatih dengan baik oleh pembekal coolsculpting dan mempunyai pengalaman luas dalam membantu pesakit yang datang untuk rawatan mengurangkan lemak atau berat badan.

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Walaupun keputusan mungkin berbeza bagi setiap individu, besar kemungkinan anda akan memerlukan beberapa sesi lanjutan untuk mencantikkan bentuk tubuh anda akibat daripada penyingkiran lemak degil menerusi rawatan ini.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Rawatan Pembekuan Lemak ini atau kaedah pembekuan lemak lain dan juga rawatan coolsculpting yang terdapat di Malaysia, anda boleh hubungi kami.

Anda juga boleh datang ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji.

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas CoolSculpting

CoolSclupting Before & After
CoolSclupting Before & After
CoolSclupting Before & After
CoolSclupting Before & After
CoolSclupting Before & After

Frequently Asked Questions

Adakah Rawatan Pembekuan Lemak ini selamat?

Ya. Rawatan Pembekuan Lemak (CoolSculpting Cryolipolysis) adalah selamat dan mendapat kelulusan FDA. Walau bagaimanapun, pesakit mungkin akan merasa sedikit tarikan atau cubitan semasa proses rawatan. Kebiasaannya, doktor akan terus mengurut bahagian yang dirawat untuk memecahkan tisu-tisu dalam yang membeku bagi membolehkan sel-sel lemak yang hancur diserap dengan lebih baik.

Berapa lama masa yang diambil bagi setiap rawatan?

Setiap pusingan Rawatan Pembekuan Lemak mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit untuk selesai.

Bilakah saya boleh nampak hasilnya?

Kebanyakan pesakit boleh melihat hasilnya antara 2 hingga 6 bulan selepas rawatan.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4079633
  • https://www.hindawi.com/journals/drp/2018/5276528
  • https://academic.oup.com/asj/article/35/7/830/2589179
  • https://my.coolsculpting.com/
  • https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/jocd.12238
  • https://www.drchongclinic.com/service/cryolipolysis-clatuu/?gclid=Cj0KCQjw_5rtBRDxARIsAJfxvYCsjNfeobuwaLR5bLEH2974Sbo0EG5hvgTK56fBrUcGuVobgy7zi94aAs1HEALw_wcB
  • https://www.healthline.com/health/coolsculpting-inner-thighs#preparation
  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/322060.php
  • https://www.healthline.com/health/coolsculpting-does-it-work#takeaway
  • https://www.healthline.com/health/is-coolsculpting-painful#summary
  • https://www.beverlywilshiremedical.com/aesthetic-medicine/coolsculpting-fat-reduction-through-freezing/?gclid=Cj0KCQiA7OnxBRCNARIsAIW53B9JQXsKHEoDHgq3tIyvNaSo-JPIeGsuPkx8uLY8UBDc_MYaFUUI_KgaAltUEALw_wcB
  • https://www.idealimage.com/services/coolsculpting/
  • https://www.thehealthy.com/weight-loss/coolsculpting-review/
  • https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/21060-fat-freezing-cryolipolysis/risks–benefits

About Us

Premier Clinic ialah kumpulan klinik estetik dengan lima cawangan di Lembah Klang. Kami percaya setiap individu itu cantik, dan kami menyediakan rawatan perubatan estetik untuk membantu pesakit kami berasa yakin. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang lebih panjang, pasukan doktor berdaftar kami akan membimbing anda melalui pilihan rawatan yang ada.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Our customer service is available 24 hours a day and reply instantly. Ask us anything about price or procedure!
      Click to start chat