SIAPAKAH KAMI

Premier Clinic ialah kumpulan klinik estetik dengan lima cawangan di Lembah Klang. Kami percaya setiap individu itu cantik, dan kami menyediakan rawatan perubatan estetik untuk membantu pesakit kami berasa yakin. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang lebih panjang, pasukan doktor berdaftar kami akan membimbing anda melalui pilihan rawatan yang ada.

Dengan cawangan-cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, serta di KL City, kami berada di lokasi yang strategik untuk melayani anda.

TEKNOLOGI ESTETIK MODEN

Kami menggunakan peranti dan produk perubatan berdaftar serta menawarkan pelbagai rawatan untuk masalah kulit, badan dan rambut. Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

PRIVASI DAN KERAHSIAAN

Dengan beberapa pengecualian sahaja, apa-apa perkara yang dibincangkan antara anda dan doktor atau pasukan perubatan kami, menurut undang-undang, akan kekal sebagai rahsia antara anda, pasukan perubatan, dan organisasi kami. Ini dikenali sebagai kerahsiaan antara doktor dan pesakit.

Di Premier Clinic, kami mengutamakan privasi anda. Ini bermakna segala maklumat yang anda kongsikan dengan doktor kami, termasuk sejarah perubatan, keadaan kesihatan semasa, rawatan, dan ubat-ubatan anda, akan disimpan dengan ketat sebagai rahsia. Apa sahaja yang didokumentasikan oleh doktor kami mengenai anda, ubat-ubatan yang diberi, serta semua maklumat peribadi lain, akan kekal sulit. Kami komited untuk memastikan maklumat kesihatan peribadi anda dilindungi dan selamat, memberikan anda ketenangan fikiran sepanjang proses rawatan dan penjagaan anda.

ANDA KEUTAMAAN KAMI

Ramai pesakit merasa risau ketika memilih rawatan estetik, kerana itu, pasukan doktor kami bersedia untuk mengatasi semua kerisauan anda. Bergantung kepada keperluan anda, kami akan memberikan nasihat dan membimbing anda melalui semua pilihan yang ada. Kami akan memastikan bahawa anda benar-benar memahami dan bersetuju dengan kaedah rawatan tertentu sebelum meneruskan dengan pilihan yang anda mahukan.

Doktor kami akan menerangkan kesesuaian, manfaat dan risiko setiap pilihan, termasuk pilihan tanpa pembedahan, supaya anda boleh membuat keputusan dengan yakin. Tempah sesi konsultasi dengan kami hari ini.

NILAI TERAS KAMI

  • Memberi khidmat nasihat yang jujur dan ikhlas kepada semua pesakit kami.
  • Mewujudkan persekitaran yang selesa bagi memastikan pesakit berasa tenang.
  • Memberikan rawatan dan berusaha untuk memberikan penampilan yang diinginkan oleh pesakit.
  • Membantu pesakit menyerlahkan keremajaan kulit mereka.
  • Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan menyeronokkan, menanam semangat berpasukan, muhibah dan nilai baik untuk semua rakan kongsi dan pekerja kami.
PREMIERX- BEST LOYALTY REWARD PROGRAM AMONG AESTHETIC CLINIC IN MALAYSIA

Premier X

 

PROGRAM KESETIAAN PREMIERX

PremierX memberikan pulangan tunai kepada pesakit kami yang kembali berdasarkan jumlah perbelanjaan dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.

PERKHIDMATAN KAMI

Kami menggunakan peranti dan produk perubatan berdaftar.

Doktor kami menyediakan rawatan untuk wajah, badan dan rambut, untuk lelaki dan wanita. Ketahui lebih lanjut untuk maklumat lanjut.