• Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
Premier ClinicPremier ClinicPremier ClinicPremier Clinic
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
✕
Home
Treatments
Rawatan Laser Pertumbuhan Rambut Premier

Rawatan Laser Pertumbuhan Rambut Premier

  • Apa itu Laser Rambut Premier
  • Bagaimana Laser Rambut Premier berfungsi
  • Kebaikan Laser Rambut Premier
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Pengawasan keselamatan semasa Laser Rambut Premier
  • Kesan sampingan Laser Rambut Premier
  • Tempoh masa pemulihan Laser Rambut Premier
  • Kos rawatan Laser Rambut Premier
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Laser Rambut Premier
  • Bagaimana Laser Rambut Premier berfungsi
  • Kebaikan Laser Rambut Premier
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Pengawasan keselamatan semasa Laser Rambut Premier
  • Kesan sampingan Laser Rambut Premier
  • Tempoh masa pemulihan Laser Rambut Premier
  • Kos rawatan Laser Rambut Premier
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu Rawatan Laser Rambut Premier?

Premier Signature Hair Growth Laser Treatment

Rawatan laser rambut Premier merupakan rawatan yang menggunakan teknik low-light laser therapy (LLLT) untuk membantu menggalakkan pertumbuhan folikel rambut. Kulit kepala anda akan didedah kepada 630 – 670mm gelombang per saat, bagi menguatkan akar rambut villus daripada menjadi lemah dan gugur. Ia juga membantu untuk menstabilkan kitaran normal rambut sekiranya telogen efuvium berlaku.

Low-light laser therapy mendapat kelulusan FDA untuk merawat rambut gugur, yang selamat dan berkesan. Rawatan ini dapat membantu pertumbuhan rambut bagi lelaki dan wanita yang mengalami masalah Andogenetic Alopecia.

Bagaimana Rawatan Laser Rambut Premier berfungsi?

LLLT telah dikenali sekian lamanya kerana keupayaannya untuk membantu memperbaiki dan menjana semula tisu. Rawatan low-light intensity light ini membantu untuk merangsang aktiviti selular.

Apabila terdedah kepada kulit kepala, cahaya laser dapat diserap oleh sel stem di dalam folikel rambut dan tenaga dilepaskan dalam bentuk ATP. Tenaga ini kemudiannya digunakan oleh folikel rambut untuk membaiki serta merangsang kitaran pertumbuhan rambut. Cahaya ini membantu merangsang sel stem epidermis pada bonjolan folikel rambut dan beralih ke fasa anagen.

Rawatan Laser Rambut Premier merupakan salah satu rawatan rambut gugur yang menggunakan tenaga rendah yang telah digunakan untuk pelbagai jenis keadaan kulit, termasuklah pertumbuhan rambut. Rawatan ini selesa, selamat, prosedur yang boleh dilakukan pada waktu bekerja sesuai untuk merawat masalah rambut gugur bagi lelaki dan wanita.

MESOTHERAPY  Fotona Laser Snoring Treatment

Kebaikan rawatan Laser Rambut Premier

Photons dari terapi LLLT dipancarkan ke tisu kulit kepala. Photons ini akan diserap oleh sel-sel yang lemah untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Selain itu, rawatan pertumbuhan rambut ini juga boleh:

  • Menguatkan rambut
  • Sesuai untuk merawat lelaki dan wanita
  • Merawat pertumbuhan rambut pada ubun-ubun disepanjang garisan dahi
  • Melebatkan rambut
  • Mesra alam

Premier Signature Hair Growth Laser Treatment  Premier Signature Hair Growth Laser Treatment

Masalah yang boleh dibantu?

Rambut Gugur/ Kebotakan

Kebanyakan orang akan mula mengalami masalah rambut gugur apabila menjangkau usia di pertengahan 30-an atau di awal usia 40-an. Masalah rambut gugur telah menjejaskan hampir 56 juta populasi dunia. Secara purata, kita kehilangan 100 helai rambut setiap hari, namun bagi mereka yang menghadapi masalah rambut gugur, jumlah ini meningkat.

Punca utama rambut semakin menipis adalah disebabkan oleh faktor GENETIK. Situasi ini dipanggil sebagai male-pattern baldness atau female-pattern baldness dan juga disebabkan oleh proses peningkatan usia. Menurut kajian, genetik merupakan penyebab rambut gugur kepada hampir 50% lelaki dan wanita yang berusia lebih dari 50 tahun.

Selain genetik, gaya hidup juga menjadi punca rambut menipis. Contohnya, jumlah protein yang rendah, diet berlemak, merokok, alkohol dan tidur yang tidak mencukupi. Gaya hidup yang tidak sihat ini akan menyebabkan perubahan hormon badan dan merendahkan metabolisme badan anda. Setiap helaian rambut di kepala anda mempunyai jangka hayatnya tersendiri, dan jika tahap metabolisme anda rendah, maka jangka hayat rambut tersebut akan berkurangan.

 

Kehamilan juga terbukti sebagai salah satu punca masalah rambut gugur dalam kalangan ibu mengandung. Ini disebabkan oleh perubahan semulajadi hormon dan jumlah nutrien yang dikongsi bersama bayi. Walaubagaimanapun, masalah rambut menipis yang berlaku ketika mengandung adalah bersifat sementara dan akan pulih seperti sedia kala selepas proses melahirkan.

Akhir sekali, punca utama rambut menipis adalah disebabkan oleh faktor Penyakit. Terdapat beberapa penyakit yang boleh mengakibatkan masalah rambut gugur kepada penghidapnya seperti alopecia areata, hipotiroidisme, gangguan tekanan akut dan sifilis.

Terdapat banyak simptom-simptom yang jelas sekiranya anda menghadapi masalah rambut gugur di mana anda boleh segera merujuk kepada doktor. Pertama sekali, rambut menipis yang berlaku secara beransur-ansur dari bahagian atas kepala menjadi tanda penting bahawa anda mengalami masalah rambut gugur.

Kedua, garis rambut yang semakin berkurangan merupakan satu lagi petanda bahawa anda perlu berjumpa doktor. Garis rambut berkurangan adalah satu tanda awal rambut gugur yang disebabkan oleh male-pattern baldness.

Ketiga, sekiranya anda mengalami masalah tompokan-tompokan botak yang berlainan saiz dan bentuk, ia mungkin disebabkan oleh alopecia areata. Anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan masalah itu bertambah teruk.

Rawatan Laser Rambut Premier mensasarkan cahaya laser ke arah sel-sel yang telah ditetapkan. LLT diserap ke dalam sel-sel, meningkatkan aktiviti selular dengan menjadikan sel penuaan lebih aktif. Oleh itu, rawatan laser ini dapat membantu meningkatkan keberkesanannya dalam pertumbuhan folikel-folikel rambut.

Premier Signature Hair Growth Laser Treatment

Watch How the Procedure is Done

Play Video
×

Langakah Penjagaan ketika menjalani rawatan Laser Rambut Premier

Jaga diet anda: “You are what you eat”. Doktor kami menggalakkan anda untuk tidak mengambil sodium yang berlebihan di dalam makanan, dan menggantikannya dengan diet protein yang tinggi untuk meningkatkan penghasilan keratin di kepala. Makanan-makanan seperti telur, bayam, ikan dan kacang merupakan makanan yang penuh dengan protein yang dapat membantu pertumbuhan semula rambut anda. Selain itu, buah beri juga dapat menghalang rambut dari menipis. Buah beri sarat dengan sebatian dan vitamin yang bermanfaat yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut.

Sentiasa pastikan badan anda terhidrat: Kunci untuk mengekalkan rambut yang sihat adalah sangat ringkas iaitu hanya dengan minum air yang mencukupi. Rambut kita mengandungi ¼ air, jadi minum air yang secukupnya merupakan rawatan yang sesuai untuk rambut gugur.

Mengurangkan pengambilan alkohol dan merokok: Pengambilan alkohol dan merokok merupakan punca utama masalah rambut gugur, dan mengurangkan pengambilannya dapat membantu pertumbuhan rambut anda. Merokok mengurangkan jumlah peredaran darah ke kulit kepala dan sekaligus menghalang kulit kepala anda dari menerima nutrien penting untuk pertumbuhannya.

Regro (Minoxidil) Spray

Kesan sampingan rawatan Laser Rambut Premier

Tiada kesan jangka panjang atau sampingan hasil dari rawatan ini.

Tempoh Masa Pemulihan Bagi rawatan Laser Rambut Premier

Laser untuk melebatkan rambut boleh digunakan untuk merawat rambut nipis, folikel rambut yang lemah.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa rawatan laser pertumbuhan rambut ini membantu melambat atau menghentikan masalah rambut gugur kepada 85% pesakit yang menjalani rawatan ini. 55% daripadanya juga dapat melihat hasil rambut baru yang tumbuh.

Walaubagaimanapun, rawatan laser pertumbuhan rambut ini tidak berkesan terhadap mereka yang telah mengalami masalah kebotakan yang serius selama bertahun-tahun. Laser pertumbuhan rambut hanya berkesan terhadap folikel rambut yang aktif dan tidak memberi kesan kepada folikel rambut yang telah mati.

Bagi mendapatkan hasil yang optimum, kami menggalakkan pesakit kami untuk menjalani rawatan rambut lain yang sesuai. Hasil daripada rawatan rambut ini dapat dikesan seawal 2 bulan selepas menjalani rawatan.

Premier Signature Hair Growth Laser Treatment

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Kebanyakan rawatan pertumbuhan rambut yang menggunakan teknologi LLLT ini berharga sekitar RM 1,500 sehingga RM 4,000. Kami di Premier Clinic menawarkan produk yang berkualiti, peralatan laser gred perubatan yang hanya boleh dikendalikan oleh doktor perubatan berlesen dan berdaftar.

Kos rawatan laser pertumbuhan rambut di Premier Clinic berharga RM 2,000 bagi setiap sesi. Kami juga menyediakan peralatan-peralatan yang disteril dan rundingan perubatan sebelum menjalani rawatan rambut gugur.

Premier Signature Hair Growth Laser Treatment

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Sekiranya anda risau akan masalah rambut gugur, atau ianya mengganggu kesihatan mental anda, sila berjumpa dengan doktor. Sesi rundingan bersama doktor atau pakar kulit akan membantu anda untuk menentukan rawatan yang sesuai bagi menangani masalah rambut nipis, kebotakan dan rambut gugur.

Sila hubungi kami di talian +6012-662 5552 (B.Melayu/B.Inggeris) / +6012-773 2074 (B.Cina) or WhatsApp : https://wa.me/60126625552

Atau, anda juga boleh mengunjungi cawangan klinik kami di TTDI/ Bangsar/ KL City/ Mont Kiara / Puchong dari  8 pagi – 12 tengah malam pada setiap hari, atau hantarkan email anda kepada kami di  contactus@premier-clinic.com.

Sebelum & Selepas Rawatan Laser Rambut Premier

Before & After Premier Signature Hair Growth Laser
Before & After Premier Signature Hair Growth Laser
Before & After Premier Signature Hair Growth Laser
Before & After Finasteride Oral & Regro Spray
Before & After FUE Hair Transplant for Hair Loss

Frequently Asked Questions

Apa yang boleh saya jangkakan dari rawatan laser rambut Premier ini?

Hasil daripada rawatan ini mugkin berbeza mengikut individu. Ia bergantung kepada situasi pesakit itu sendiri sama ada masalah kebotakan atau rambut gugur, rawatan laser rambut Premier dapat membantu rambut anda agar lebih sihat, penuh dan lebat. Rawatan rambut gugur ini juga dapat membantu mengurangkan masalah rambut gugur yang berlebihan.

Adakah rawatan ini menyakitkan?

Rawatan laser rambut Premier merupakan rawatan laser rambut yang bukan invasif bagi merawat rambut gugur.

Adakah rawatan ini selamat?

Rawatan laser bagi rambut gugur dianggap selamat untuk digunakan bagi merawat rambut gugur dan kebotakan. Namun, bagi wanita mengandung, pesakit yang sensitif terhadap cahaya dan pesakit yang menghidapi tumor malignan adalah sangat tidak digalakkan untuk menjalani rawatan ini.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.healthline.com/health/laser-treatment-for-hair-loss#drawbacks\
  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/325307.php
  • https://stylesatlife.com/articles/laser-therapy-for-hair-loss/
  • https://www.irestorelaser.com/blogs/content/low-level-laser-therapy-secrets-growing-hair-back-fast
  • https://www.regenepure.com/low-level-laser-therapy-lllt/
  • http://www.sydneylaserhealthsolutions.com.au/f-a-q
  • https://hairprolaser.com/frequently-asked-questions/
  • https://www.capillus.com/blog/benefits-of-low-level-laser-light-therapy-for-treatment-of-hair-loss/
  • https://hairprolaser.com/frequently-asked-questions/
  • https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/hair-loss/understanding-hair-loss-basics#2

About Us

Premier Clinic ialah kumpulan klinik estetik dengan lima cawangan di Lembah Klang. Kami percaya setiap individu itu cantik, dan kami menyediakan rawatan perubatan estetik untuk membantu pesakit kami berasa yakin. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang lebih panjang, pasukan doktor berdaftar kami akan membimbing anda melalui pilihan rawatan yang ada.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Our customer service is available 24 hours a day and reply instantly. Ask us anything about price or procedure!
      Click to start chat