Berfungsi sebagai antioksida semula jadi, glutathione mengembalikan vitamin E, antioksida yang penting dalam tubuh badan. Dengan pengumpulan dan mengitar semula antioksida lain untuk meningkatkan keberkesanannya di dalam tubuh; ia juga membantu meneutralkan radikal-radikal bebas.
Glutathione Plus Vit E berfungsi dengan menggabungkan toksin, logam berat dan bahan berbahaya lain di dalam tubuh kita dan dikeluarkan melalui sistem metabolism badan. Ia juga mencerahkan kulit dengan memudarkan pigmen yang gelap menjadi lebih cerah.
Makanan tambahan dapat membantu mengatasi masalah pengurangan penghasilan glutathione apabila seseorang itu meningkat usia. Semakin meningkat usia, kandungan semula jadi glutathione akan berkurang, melambatkan sistem imun dan penghasilan kolagen, dimana menyebabkan kulit semakin hilang keanjalannya.
Glutathione Vit E dihasilkan melalui proses prengawetan khas dari Jepun yang mengandungi 3 asid amino penting; Glutamate, Cysteine dan Glycine. Ia memperbaiki tahap kesihatan anda secara amnya dan juga kualiti kulit untuk menjadi lebih cerah.
Orang ramai menyatakan bahawa tidur mereka lebih baik dan berkualiti, mencapai tahap kolesterol yang lebih rendah dan rasa lebih bertenaga selepas mengambil Glutathione. Ia juga membantu mengeluarkan toksin organik, pelarut, racun perosak dan logam berat yang bergabung dengan bahan-bahan berbahaya ini. Glutathione Plus Vit E membantu untuk membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan dengan lebih berkesan. Disamping itu, ia juga berfungsi sebagai vitamin untuk memperbaiki parut jerawat dan bintik hitam. Makanan tambahan pencerahan kulit ini juga membantu untuk:
Dengan gaya hidup yang sangat sibuk, tahap glutathione dalam badan kita mungkin akan berkurangan dari hari ke hari. Dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan ini membolehkan kita melawan radikal-radikal bebas yang mendedahkan kita kepada penyakit dan mempercepatkan proses penuaan. Pengambilan Glutathione Plus Vit E dalam dos yang tinggi juga adalah selamat dan ramai individu menjelaskan bahawa ia membantu merendahkan tahap kolesterol mereka, membaiki kualiti tidur dan keadaan hati, menjadi lebih bertenaga dan banyak lagi perubahan lain.
Antara penyakit dan masalah yang berlaku disebabkan oleh kandungan glutathione yang rendah termasuklah:
Elakkan mengambil makanan tambahan ini jika anda sedang mengandung atau memberi susu badan kepada bayi anda. Bagi mereka yang menghidap penyakit lelah atau asma, anda sama sekali dilarang menghidu glutathione kerana ia boleh menyebabkan punca masalah asma/ lelah yang lain.
Vitamin E, merupakan antioksida kuat yang telah terbukti berkesan untuk meneutralkan radikal-radikal bebas dalam tubuh yang mana menyebabkan kerosakan pada sel dan tisu. Hasil yang baik bukan sahaja boleh dilihat pada muka malah pada tekstur kulit, tona warna dan tubuh badan yang berseri. Pil pemutih kulit ini tidak mempunyai jangka masa penggunaan yang terhad atau minimum kerana anda boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa selepas mengambilnya. Doktor akan memberi nasihat berkenaan jumlah dos yang bersesuaian berdasarkan tahap kesihatan anda.
Setiap botol L- glutathione Plus Vit E mengandungi 60 kapsul dan boleh bertahan selama sebulan. Harga pasaran adalah dianggarkan sebanyak RM250 sehingga RM350 sekotak. Ia membantu tubuh kita untuk melawan radikal-radikal bebas kerana ia menyahtoksik bahan-bahan kimia, bahan pencemar dan ubat-ubatan.
Di Premier Clinic, kami menggunakan 100% bahan vegetarian dan sumber asli yang ada untuk membantu meningkatkan kualiti hidup anda. Harga sekotak ialah RM285. Produk ini L- glutathione telah mendapat kelulusan dan didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan.
Bagi mereka yang mencari prosedur yang sesuai, makanan tambahan atau vitamin untuk memutihkan kulit, anda boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami untuk menjawab sebarang persoalan atau untuk membuat temujanji. Doktor kami akan membantu anda untuk memahami, mengenalpasti dan merawat masalah kulit anda.
Anda juga boleh mengunjungi klinik kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL untuk membuat temujanji. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Semakin meningkat usia, penghasilan Glutathione dalam tubuh kita akan semakin berkurangan. Sistem tubuh kita memerlukan makanan tambahan dan vitamin untuk melawan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit dan mempercepatkan penuaan.
Ujian klinikal menggunakan Glutathione Plus Vit E dalam dos yang tinggi menunjukkan bahawa ianya selamat untuk diambil. Makanan tambahan ini boleh membantu mengekalkan keremajaan tubuh dengan memperkenalkan semula glutathione ke dalam sistem, mengekalkan kesihatan dan kecantikan, kulit yang berseri.
Vitamin E, antioksida yang kuat dengan manfaat yang telah terbukti untuk meneutralkan radikal-radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan kerosakan pada sel dan tisu.
Anda dinasihatkan untuk mengambil satu kapsul pada waktu pagi dan satu pada waktu malam selepas makan. Ujian telah membuktikan bahawa tahap Glutathione adalah sangat rendah pada waktu pagi.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos