DR MICHELLE LAIKEBIJAKSANAAN GALVANISASI
Dr Michelle Lai merupakan salah seorang doktor kami yang paling berpengalaman di Premier Clinic. Beliau adalah seorang pakar dalam prosedur pemindahan lemak, teknik jahitan berganda, pembesaran wajah dan rawatan laser. Minat beliau dalam estetik juga merangkumi estetik & kesihatan seksual (pembesaran zakar, laser pengetatan vagina), penggantian hormon bioidentikal dan perubatan kefungsian.
Dr Michelle kini ditempatkan di cawangan Klinik Premier Puchong, yang mana beliau bertanggungjawab terhadap hampir 30 pesakit setiap minggu. Beliau mengetuai pasukan estetik lebih dari 8 kakitangan untuk memberikan perkhidmatan terbaik di daerah Puchong dan berdekatan.
Kehadiranya yang santai dan kelucuannya yang menenangkan pelanggannya serta melakarkan senyuman di wajah mereka sebelum menjalani prosedur. Sebagai doktor kanan, kemahiran dan pengalamannya berkembang dan terbukti dengan tahap kepuasan yang tinggi dari pesakit kami. Dr Michelle juga telah mengumpulkan sejumlah besar pengikut yang memilihnya khusus untuk melakukan rawatan perubatan mereka.
Semua kebijaksanaan klasik yang glamor dan pintar dalam berjenaka mendapat tempat sebagai salah seorang ahli keluarga Premier Clinic yang tersayang.
KELAYAKAN
Dr Michelle memulakan perjalanannya karier beliau dalam bidang perubatan estetik dengan memperolehi Ijazah Perubatan (MD) dari Crimea State Medical University. Kesungguhan dan kerja kerasnya mendorong beliau untuk lulus dengan cemerlang sebelum mengikuti Diploma Dermatologi di Bangkok, Thailand. Kajian lanjutannya dalam bidang dermatologi menjelaskan lagi pengetahuannya dalam pelbagai jenis kulit yang memberikannya kelebihan dan keistimewaan terutamanya dalam kewujudan pelbagai budaya seperti di Malaysia. Beliau mendalami dan mengetahui berbagai jenis keadaan kulit disamping berpengetahuan bagaimana merawatnya di bawah jagaan beliau.
Kesungguhannya dalam bidang estetik membuka jalan untuk melanjutkan pelajaran dengan memperoleh Diploma Perubatan Estetik di Akademi Perubatan Estetik Amerika, Amerika Syarikat. Rasa ingin tahu yang tinggi akan pengetahuan mendorongnya untuk meneruskannya dengan mendapatkan Sijil Pascasiswazah dalam Dermatologi dari Akademi Doktor Keluarga Malaysia.
Dr Michelle Lai mempunya LCP yang diperakui (lesen latihan kelayakan) dalam estetik yang diperolehi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dengan semua latihan dan pendidikan yang dijalani, sudah pasti Dr Michelle adalah salah seorang doktor kami yang lebih berpengalaman. Secara keseluruhan, Dr Michelle Lai mempunyai pengalaman lebih dari 9 tahun dalam praktikal perubatan dan estetik.
KEAHLIAN
Sehingga kini, Dr Michelle merupakan ahli Majlis Perubatan Malaysia (MMC), American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM), Academy of Family Physicians Malaysia (AFPM), dan MPCN. Klinik Premier menggalakkan doktor kami untuk menyumbang kepada perkembangan industri perubatan di Malaysia. Kami sering mengambil bahagian di dalam perbincangan, seminar dan persidangan yang diadakan oleh persatuan ini untuk mengemas kini pengetahuan kami dan menyokong ekosistem industri amalan perubatan.
MINAT PERIBADI
Pada waktu lapang, Dr Michelle akan mengambil kesempatan ini untuk melancong bersama suami dan 2 orang anak beliau. “Bagi saya, melancong merupakan cara yang terbaik untuk saya menghabiskan masa yang berharga dengan keluarga saya. Terutama ketika anak-anak masih kecil, saya mengambil kesempatan ini untuk membawa mereka berjalan-jalan.”
Ketika beliau tidak sibuk melakukan prosedur dalam masa yang sama membesarkan 2 orang anak, beliau suka bersenam – bukti kepada fizikalnya yang sihat. Beliau sering melakukan aktiviti berbasikal dan menyelam. “Orang sering menganggap prosedur estetik sebagai ‘jalan pintas’ untuk kelihatan dan tampak cantik, akan tetapi mereka sering lupa dimana kesihatan dalaman adalah faktor utama. Prosedur estetik hanyalah kick-starter atau batu loncatan ke fasa yang seterusnya. “
“Saya suka industri estetik kerana ia membolehkan saya membantu mendalami kehidupan orang lain, memahami punca masalah mereka dan membantu mereka mendapatkan kembali keyakinan mereka. Sekiranya saya dapat membantu seseorang tersenyum dalam sehari, saya sudah sangat gembira! ” kata Dr Michelle.
Sekiranya anda ingin berjumpa atau menempah sesi konsultasi bersama Dr Michelle untuk sesi perundingan, hubungi wakil perkhidmatan pelanggan kami di talian 012-662-5552 (Whatsapp/Call) atau e-mel kepada kami di contactus@premier-clinic.com. Kami sentiasa bersedia berkhidmat setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.