DR DAVID WEE BIJAK DAN RAMAH
Dr David Wee Tiong Yong adalah salah seorang doktor estetik di Klinik Premier yang pakar dalam perubatan estetik bukan invasif. Beliau mempunyai minat khusus dalam prosedur anti-penuaan dan peremajaan kulit yang merangkumi suntikan (botulinum toxins, fillers), rawatan laser dan prosedur thread lift. Dr David bertugas di Klinik Premier cawangan Bangsar dan KL City.
Beliau juga pakar dalam penyelesaian masalah rambut (Pemindahan Rambut FUE), rawatan estetik wajah lelaki dan wanita (thread lifts, Ultherapy, fillers) dan kesihatan seksual (pembesaran zakar, pengetatan vagina, pemutihan zakar) serta penurunan berat badan yang selamat dan berkesan serta rawatan pembentukan semula bentuk badan (Le Shape, CoolSculpting).
Pesakit beliau sentiasa merasa senang dengan pendapat Dr David yang jelas dan jujur semasa mereka mendapatkan khidmat nasihat beliau. Sebagai doktor, Dr David sangat menitikberatkan hasil yang berkesan di samping mengutamakan keperluan dan keselesaan pesakit semasa melakukan rawatan.
Dr David percaya bahawa prosedur estetik apabila digabungkan bersama akan dapat berfungsi secara sinergis seterusnya memberi hasil terbaik untuk penampilan yang lebih semula jadi dan berseri. Beliau akan berasa puas apabila beliau dapat membantu pesakitnya tampil lebih yakin, awet muda dan sihat.
TAULIAH
Dr David memperoleh Ijazah Perubatan (MD) dari Kursk State Medical University, Rusia pada tahun 2012. Kajiannya tertumpu kepada kesihatan umum, perubatan dalaman dan penyakit biasa. Setelah itu, beliau menyertai American Academy of Aesthetic Medicine, Amerika Syarikat (AAAM), bagi mengembangkan minat dan kepakarannya dalam bidang perubatan estetik.
Tidak memadai dengan itu, Dr David telah memperoleh Malaysia Aesthetic Certificate (MAC) serta sijil dalam bidang dermatologi dari Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM). Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajaran di Institut Dermatologi, Bangkok di mana beliau memperoleh Diploma Dermatologi Penjagaan Primer untuk meningkatkan kemahirannya dalam merawat khusus dalam kesihatan kulit dan kesihatan seksual.
Sebelum menyertai Klinik Premier, Dr David pernah bekerja bersama pelbagai institusi kesihatan, mengamalkan perubatan dalaman dan kesihatan. Pengalaman dan kemahirannya dalam pelbagai disiplin sepanjang kariernya telah mengembangkan pemerhatian dan perincian yang mendalam terhadap masalah yang dihadapi pesakit.
Sebagai seorang doktor di Klinik Premier, Dr David telah menghadiri banyak bengkel dan latihan berterusan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya merangkumi bidang Pemindahan Rambut FUE, CoolSculpting, HIV PrEP, dan juga Terapi Sel Stem.
MINAT TERHADAP PERUBATAN ESTETIK
Minat Dr David terhadap estetika berpunca daripada pengalamannya semasa kecil dan remaja. Ketika meningkat dewasa, Dr David mempunyai masalah berat badan dan jerawat, yang menyebabkan dia mempunyai keyakinan diri yang rendah. Setelah berjaya menurunkan berat badan, jerawatnya mulai reda dan memperlihatkan kulitnya yang baru (maka lahirlah David yang baru).
Melalui pengalaman transformasi diri inilah, beliau menyedari bahawa penampilan sangat mempengaruhi keyakinan diri seseorang. “Ketika itulah saya merasakan bahawa perubatan estetik benar-benar dapat membantu seseorang menjadi versi terbaik diri mereka.”
“Ada seorang pesakit yang mengalami masalah parut jerawat yang teruk datang ke klinik untuk meminta pertolongan. Sebelum ini, beliau sering ditolak sebagai jurujual hanya kerana orang tidak dapat menerima kekurangannya. Setelah keseluruhan transformasi, beliau kembali dan berterima kasih kepada saya kerana telah mengubah hidupnya. Sekarang beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya, memiliki syarikatnya sendiri. Tentu saja, saya sangat senang dengan menjadi sebahagian daripada perjalanannya, “Dr David berkongsi pengalaman beliau.
“Jika saya dapat menyelesaikan masalah seseorang, membuat mereka tersenyum, itu merupakan satu pencapaian bagi saya”.
“Saya mempraktikkan apa yang saya cakapkan dan saya menjadi saksi bagaimana perubatan estetik dapat melakukan keajaiban . Perubatan estetik adalah kaedah terbaik untuk mengembalikan ciri-ciri wajah dan bahagian tubuh yang normal, kunci kepada keindahan semula jadi dan daya tarikan. “
MINAT PERIBADI
Apabila beliau tidak sibuk melakukan prosedur di klinik, Dr David akan meluangkan masa dengan bermain badminton, bola keranjang, catur, bola sepak, atau sukan lompat jauh. Beliau suka bersenam dan menghabiskan masa bersama isterinya.
Dr David juga gemar melancong dan minat dengan fotografi. Beliau selalu merakam detik-detik indah dalam hidup melalui lensa kameranya lebih-lebih lagi ketika bercuti ke luar negara di mana beliau dapat mengenali banyak budaya, pandangan dan kepercayaan baharu sekaligus membuka matanya terhadap perspektif yang baharu.