DR AZIZI YUSUF SI BIJAK BERBAKAT
Dr Azizi merupakan doktor pakar kulit kami yang mahir dalam bidang kontur badan dan wajah. Beliau juga berpengalaman dalam melakukan prosedur pemindahan lemak. Selain itu, Dr Azizi mahir dan terlatih dalam prosedur laser, pelangsingan dan suntikan untuk merawat masalah estetik seperti parut, pigmentasi, dan kulit kendur.
Bagi pesakitnya, Dr Azizi terkenal sebagai seorang doktor yang peramah, penyayang dan sangat berpengetahuan. Beliau sering bergerak ke tiga cawangan klinik kami (TTDI dan KL City) dan dapat ditemui di sana.
Sebagai doktor baru di Klinik Premier, Dr Azizi mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam bidang estetik yang lahir daripada minat dan keinginannya untuk sentiasa mempelajari perkara baharu.
TAULIAH
Dr Azizi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari International Medical School, Bangalore, India. Sekolah Perubatan Antarabangsa Bangalore adalah salah sebuah sekolah perubatan paling berprestij di India di mana syarat kemasukan yang tinggi dikenakan bagi kemasukan pelajar. Justeru itu, Dr Azizi telah bekerja keras untuk menjadi yang terbaik agar dia dapat memasuki sekolah perubatan tersebut.
Setelah menamatkan pengajian dan menyelesaikan housemanship selama 2 tahun, Dr Azizi kemudian meneruskan minatnya dalam bidang estetika melalui kursus pascasiswazah di American Academy of Aesthetic Medicine, Amerika Syarikat. Di sana, beliau banyak belajar perkara berharga tentang bagaimana untuk menjadi doktor estetik yang cemerlang.
Sebelum menyertai Klinik Premier, Dr Azizi bertugas di klinik estetik lain. Di sana, beliau telah mendapat pengetahuan dan pengalaman yang banyak untuk melakukan prosedur yang rumit seperti pemindahan lemak, threadlift dan kontur badan.
Sebagai doktor yang baru menyertai kami, Dr Azizi kini berada di bawah bimbingan Dr Kee Yong Seng, Pengarah Perubatan kami, di mana beliau mendapat latihan berterusan dan intensif untuk menangani masalah estetik dan keadaan pelanggan yang berbeza.
KEAHLIAN PROFESIONAL
Dr Azizi kini merupakan ahli aktif American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM) di mana beliau menyumbang pengetahuan dan usahanya untuk kemajuan industri ini. Bersama AAAM, Dr Azizi sering diundang untuk mengikuti kursus yang luas di mana beliau terdedah kepada kemajuan bidang perubatan dan kaedah baru dalam bidang estetika.
KEHIDUPAN PERIBADI
Pasangan hidup Dr Azizi juga merupakan seorang doktor. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang cantik. Apabila beliau tidak sibuk di bilik rawatan, Dr Azizi suka meluangkan masa menonton filem serta bercuti dengan keluarganya. Lokasi percutian kegemaran keluarga ini adalah Melbourne, yang terkenal dengan pemandangan yang indah, makanan serta budaya yang menarik.
Berpunca daripada pengalamannya sendiri, minat Dr Azizi dalam estetika bercambah ketika dia menyaksikan bagaimana rasa kurang yakin akibat masalah estetik dapat menjejaskan hidup seseorang individu.
“Saya menegenali beberapa orang dalam hidup saya yang bergelut dengan imej badan dan kulit yang bermasalah. Ini pasti mempengaruhi kehidupan sosial dan keyakinan diri mereka. Ia menyedihkan. Sekiranya saya mempunyai kekuatan untuk mengubahnya, saya akan melakukannya. “
“Dalam kehidupan kita, terdapat banyak masalah yang perlu kita tangani. Sekiranya saya dapat menghilangkan kerisauan dan membantu menyelesaikan sedikit dari masalah anda, ianya sudah cukup baik buat saya”.
“Secara peribadi, saya merasakan dengan melakukan rawatan estetika, ianya seperti memberi harapan baru kepada orang lain. Contohnya, ketika mereka merasa tidak yakin dengan imej mereka, mereka tahu sedikit sentuhan di sana sini akan menyelesaikan masalah mereka. “
Sejajar dengan visi Klinik Premier, matlamat Dr Azizi adalah merubah pesakitnya menjadi versi diri mereka yang terbaik. Sekiranya anda berminat untuk berjumpa dengan Dr Azizi, sila hubungi kami bagi membuat tempahan slot perundingan.
Hubungi : (Bahasa Inggeris/ Bahasa Melayu): +6012-662-5552 (WhatsApp) / (Bahasa Mandarin): +6012-773-2074 (Whatsapp) Emel: contactus@premier-clinic.com