Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Ubat-ubatan Untuk Menguruskan Badan

fatlost

Ubat penurun berat badan ialah ubat preskripsi yang biasanya digunakan sebagai rawatan alternatif bagi orang yang susah menurunkan berat badan melalui kaedah tradisional. Kegagalan menguruskan badan dengan cara menjaga makan atau bersenam lama-kelamaan boleh memudaratkan, terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan akibat berat badan yang berlebihan. Sejarah kesihatan dan indeks jisim badan akan diambil kira sebelum preskripsi ubat diberikan kepada anda.

Beberapa Jenis Ubat Penurun Berat Badan

Duromine

Pil yang mengandungi Phentermine ini lazim digunakan untuk menurunkan berat badan dan boleh didapati seluruh dunia. Ubat ini diluluskan oleh FDA.

Duromine bertindak dengan mengurangkan selera makan, yang seterusnya mengurangkan nafsu makan dan dengan demikian memastikan anda kurang makan. Ini dilakukan dengan cara melepaskan suatu bahan kimia ke dalam otak untuk mengawal selera makan lalu mencegah anda memakan ikut nafsu dan memakan dengan berlebihan.

Zenoctil™

zenoctil

ZenoctilTM dibuat dengan bahan-bahan asli menggunakan rumusan yang tidak mengandungi dadah, maka tiada kesan sampingan yang pernah dilaporkan berlaku dan ubat ini secara amnya dianggap selamat untuk kegunaan jangka panjang. Inilah satu-satunya ubat pembakar lemak yang mengandungi Xanitrol™, iaitu sebatian berpaten yang dibuat dengan bahan-bahan bioaktif dari ekstrak sumber makanan biasa. Ubat ini membakar lemak yang tersimpan sambil mencegah penyimpanan lemak yang berlebihan. ZenoctilTM juga dapat mengurangkan tekanan perasaan yang berlaku apabila kita menahan makan di samping mengekalkan kesihatan aras gula di dalam darah.

Xanitrol™

Sebatian bahan bioaktif asas Xanitrol™ adalah ramuan di dalam Zenoctil™ yang diperoleh daripada makanan biasa. Produk ini adalah hasil penyelidikan dan pembangunan berpuluh-puluh tahun, dan telah terbukti secara saintifik bahawa semua ramuan asli di dalamnya mampu membakar lemak secara sinergi di samping menghalang lemak berkumpul. Pendek kata, sebatian Xanitrol™ digunakan untuk menggalakkan penyingkiran lemak.

Liposinol™

liposinol

Liposinol™ digunakan bagi pengurusan berat badan dan terdiri daripada gabungan produk pengikat lemak yang merawat dan juga mencegah obesiti. Produk ini diperbuat daripada Litramine®, iaitu suatu gugusan serabut semula jadi yang mengikat sehingga 27.4% lemak di dalam makanan. LiposinolTM dihasilkan sepenuhnya daripada daun-daun kering pokok kaktus yang tumbuh secara semula jadi, maka produk ini tidak dianggap sebagai dadah. LiposinolTM digunakan sebagai ubat pengurusan berat badan disebabkan kemampuannya mengikat sel-sel lemak secara kimia tanpa memerlukan tindakan farmakologi, dan kerana tiada kesan sampingan yang berbahaya dikaitkan dengan penggunaannya.


Klik butang anak panah di atas ini untuk menonton penerangan Dr. Chen Tai Ho mengenai ubat-ubatan penurun berat badan

SEBELUM / SELEPAS

weightloss01

weightloss02

weightloss03