Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Tomato Kristal Mencantikkan Kulit

Capture crystal_tomato_pic4
Mengapa Pilih Tomato Kristal?
Pil penambah khasiat ini melindungi kulit daripada keganasan unsur-unsur alam sekitar, dengan menggunakan karotenoid jernih yang terbukti secara saintifik bermanfaat bagi kulit, iaitu menambahkan keseriannya. Produk ini bertindak sebagai perintang cahaya matahari yang semula jadi, dengan cara menyerap cahaya di dalam julat ultraungu lalu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.
Tomato kristal ini juga mengawal aras pigmentasi kulit dengan cara mengehadkan penghasilan melanin lalu mencerahkan dan memutihkan kulit. Pil ini tidak berwarna maka kulit anda tidak akan terjejas olehnya.
Antara manfaatnya ialah kuasa melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya seperti yang dinyatakan tadi, dan menurunkan aras pigmentasi dengan cara menghalang pembentukan melanin. Malah, kajian klinikal menunjukkan bahawa SPF yang semula jadi ada pada kulit meningkat 20% lalu mengurangkan kesan penggelapan kulit akibat dedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari.
Produk ini juga dianggap sebagai berkuasa antioksida tinggi kerana mampu melanjutkan usia DNA sel, iaitu dengan cara menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, dengan itu melambatkan proses penuaan.
Bagaimanakah Caranya?
Anda hanya perlu menelan pil! Tiada rasa sakit atau kurang selesa seperti rawatan lain yang mencerahkan kulit.
Pil penambah khasiat ini dibuat dengan bahan makanan semula jadi dan tidak mengandungi pengawet. Sejenis tomato khas yang 100% semula jadi dan tidak diubahsuaikan secara genetik digunakan khususnya untuk tujuan ini dan tidak ada di kedai-kedai.
Menurut kajian saintifik, dianggarkan bahawa seseorang itu boleh memakan 5,000 butir pil Tomato Kristal sehari sepanjang hidupnya tanpa mengalami apa-apa kesan negatif. Pil ini mengandungi tomato asli dan L-sisteina, iaitu sejenis asid amino yang memang ada di dalam badan kita dan adalah bahan tambah yang diluluskan oleh FDA Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, pil ini tidak sesuai bagi orang yang alah terhadap tomato.
Berapa Kerap?
Dos pil penambah khasiat Tomato Kristal yang disyorkan ialah sebutir sehari, tetapi lebih daripada itu pun boleh dimakan kerana pil ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Selepas menggunakan pil Tomato Kristal secara berterusan selama 2-3 bulan barulah kulit akan nyata kelihatan lebih cerah, namun ada orang yang melaporkan perubahan yang nyata selepas 3 minggu sahaja.
Kristal Tomato