Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Terapi Modulatan Foto LED Menghilangkan Bintik-bintik Usia

LED

APAKAH YANG MENYEBABKAN PIGMENTASI / BINTIK-BINTIK USIA?

Hiperpigmentasi dan bintik-bintik usia biasanya berlaku apabila kulit terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari dan menghasilkan melanin untuk menentang pancaran UV matahari yang berbahaya. Bintik-bintik usia terbentuk apabila pengeluaran melanin tertumpu pada kawasan kecil lalu menghasilkan bintik-bintik perang, hitam atau kelabu pada kulit. Dedahan kulit kepada cahaya matahari juga menyebabkan hiperpigmentasi, iaitu pengeluaran melanin yang tertumpu pada kawasan yang lebih luas lalu membentuk tompok-tompok gelap. Kedua-dua masalah ini juga boleh disebabkan oleh tabiat menggetu kulit, perubahan hormon, akne, kulit yang radang atau sesetengah jenis ubat atau antibiotik.

Capture1

APAKAH TERAPI CAHAYA LED?

Terapi cahaya adalah teknik rawatan awet muda yang mengembalikan keremajaan kulit dan semakin digemari kerana hasilnya nampak semula jadi. Gelombang cahaya menembusi kulit pada kedalaman yang betul dan memangkinkan pencetusan fungsi sel di dalam badan. Ini mencepatkan kadar penyembuhan dan peremajaan kulit. Kaedah ini mampu merawat beberapa masalah kulit sekali gus.

Teknologi ini digunakan oleh doktor, NASA dan NAVY Seals untuk memulihkan otot dan menyembuhkan luka. Teknik ini tidak melibatkan pembedahan, tidak mencederakan kulit, dan terbukti selamat. Terapi cahaya meningkatkan kadar penghasilan kolagen dan elastin di dalam kulit, di samping merangsang pertumbuhan sel kulit, dengan itu mengurangkan hiperpigmentasi dan bintik-bintik usia. Trauma fizikal atau kerosakan tisu akibat rawatan ini tidak mungkin berlaku, dan rawatan ini sesuai untuk pesakit segenap usia.

CARANYA

Seperti proses fotosintesis, badan memerlukan cahaya matahari untuk membentuk adenosin trifosfat (ATP), yang digunakan sebagai bahan bakar dalam proses metabolik yang menghasilkan protein, enzim dan bahan-bahan penting yang lain. Tisu juga menggunakan ATP sebagai pemangkin proses penyembuhan dan peremajaan pada bahagian yang dirawat.

Hasilnya bergantung pada keadaan fizikal, usia, pemakanan dan gaya hidup seseorang. 8-10 rawatan mungkin diperlukan sebelum kesannya dapat dilihat, tetapi ada pesakit yang melaporkan hasil yang nyata hampir serta-merta. Selepas setiap rawatan, sedikit kesan dapat dilihat dan ini membolehkan anda menilai perbezaan pada kulit anda sebelum dan selepas menjalani setiap sesi rawatan.

GAMBAR SEBELUM / SELEPAS

age spots 2

age spots 3

age spots 1