Liang Pori-Pori Besar Di Muka: Penyebab & Rawatan

Medically reviewed by Doktor Michelle Lai on Mac 13, 2020

APA ITU LIANG PORI DI MUKA?

Pori-pori muka adalah bukaan kecil di kulit anda di mana sebum dan peluh keluar dari badan anda. Pori-pori muncul di setiap inci kulit, dari bahagian atas kulit kepala anda hingga ke telapak kaki anda. Ia membolehkan minyak dan toksin keluar dari badan kita supaya kita dapat hidup dengan sihat. Walaubagaimanapun, liang pori juga merupakan saluran yang membolehkan benda asing memasuki badan kita.

Kulit adalah lapisan perlindungan pertama kita, maka ia terdedah kepada banyak unsur luar seperti habuk, sinar UV, minyak dan bakteria. Oleh kerana sebum dihasilkan pada kulit kita, elemen luar yang melekat padanya menjadi seperti cat di dinding. Unsur-unsur yang terkumpul akan menyekat liang-liang roma yang menyebabkan kulit anda tersumbat.

Pori-pori yang tersumbat akan menyebabkan jerawat, bintik hitam atau putih terbentuk. Semakin besar liang pori anda, semakin jelas jerawat, bintik hitam atau putih muncul. Oleh itu, orang lebih suka mempunyai liang yang lebih kecil daripada yang lebih besar hanya untuk mengelakkan kesulitan dalam penjagaan muka.

What are Facial Pores

APAKAH PENYEBAB PORI TERSUMBAT?

Sekarang setelah anda mengetahui fungsi liang pori dan apa yang akan menjadikannya lebih besar, adalah penting untuk mengetahui apa yang menjadikannya tersumbat.

Apabila kulit mengeluarkan sebum, apa sahaja yang bersentuhan dengan kulit akan melekat pada sebum. Ianya kemudian bergerak melalui kulit dan terperangkap di liang pori. Liang pori berfungsi seperti lensa kamera – ia boleh mengembang dan mengecil untuk menampung apa sahaja yang terperangkap di dalamnya. Ini termasuk sebum berlebihan, sel kulit mati, dan kotoran.

Apabila pori-pori mengembang, ia tidak lagi dapat kembali ke ukuran asal. Ia juga akan menjadi tempat tinggal bakteria, yang menyebabkan muka berjerawat, bintik hitam atau whitehead.

Oleh itu, adalah penting untuk mengawal minyak yang dihasilkan oleh kulit anda, dan langkah-langkah mengatasinya.

How Do Uneven Skin Tones Happen

APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN LIANG PORI MENJADI BESAR?

Selain daripada kaedah penjagaan kulit, terdapat 4 sebab yang diketahui mengenai liang pori menjadi besar.

Facial Pores Genetics

Genetik: Sekiranya anda mempunyai liang pori yang besar, besar kemungkinan genetik tersebut telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Sekiranya ibu bapa, datuk, saudara-mara anda mempunyai liang pori yang besar, ada kemungkinan ia berada dalam genetik anda. Walaupun anda tidak dapat mengawal genetik anda, anda dapat mengawal bagaimana ia mempengaruhi kehidupan anda dengan menjaga kulit anda dengan baik untuk mengurangkan kesan sebum.

Facial Pores Oily Skin

Kulit Berminyak: Orang yang mempunyai kulit berminyak pada umumnya mempunyai liang pori yang lebih besar. Ini kerana kulit mereka mengeluarkan lebih banyak minyak daripada biasa, sehingga pori-pori membesar bagi membolehkan minyak keluar dari kulit. Untuk mengawal pengeluaran minyak anda, anda perlu mengambil langkah lebih berjaga-jaga seperti tidak menyentuh wajah anda selepas bersenam, tidak berjemur di bawah sinar matahari atau menggunakan produk penjagaan kulit berasaskan air.

Facial Pores Age

Umur: Seiring dengan usia, kulit kita hilang keanjalannya kerana kekurangan kolagen. Ini bermaksud, pori-pori tidak dapat kembali ke saiz asal setelah ianya mengembang. Usia tua juga bermaksud bahawa kita terdedah kepada cahaya matahari selama bertahun-tahun, sehingga meningkatkan pengeluaran sebum. Menggunakan krim anti-penuaan adalah jalan yang terbaik untuk memulihkan kulit bagi mengekalkan keanjalannya.

Facial Pores Chronic Acne

Jerawat Kronik: Jerawat kronik juga boleh mempengaruhi kulit anda sepertimana genetik dan penuaan. Jerawat yang pecah menyebabkan liang pori terdedah kepada habuk, sel kulit mati dan sebum berlebihan. Sebaiknya, anda perlu merawat jerawat pada peringkat awal untuk mengelakkannya daripada menjadi parut atau meninggalkan liang yang terbuka di wajah.

 

RAWATAN DI RUMAH UNTUK MENGURANGKAN SAIZ LIANG PORI

Cuci Muka Dengan Kerap: Rutin harian mencuci muka dapat membantu membersihkan kulit dari habuk, sel kulit mati, atau sebum berlebihan yang mungkin terperangkap di liang pori. Mencuci muka 3-4 kali sehari dapat membantu mengelakkan liang pori tersumbat.

Menggunakan Sunblock: Sinar UV sememangnya mempengaruhi kulit secara negatif. Ia menggalakkan kulit kita menghasilkan lebih banyak sebum dari biasa. Apabila sebum bertambah, pori-pori akan terbuka sehingga dua kali ganda saiznya untuk membiarkannya keluar dari kulit. Dengan menggunakan sunblock, kita dapat mengelakkan proses itu berlaku.

Kekal hidrat: Mengekalkan pengambilan air yang sihat dapat membantu menjaga kelembapan kulit kita. Oleh itu, ia mengurangkan pengeluaran sebum dan menurunkan risiko pori tersumbat.

Home-Remedies to Reduce Pore Size

Gunakan Solekan Tanpa Komedogenik: Alat solek yang kita gunakan biasanya mendedahkan wajah kita kepada kotoran. Sekiranya ia tidak dibersihkan dengan betul, ia mungkin terperangkap di liang roma kita. Solekan tanpa komedogenik lebih cenderung untuk tidak meninggalkan sisa di wajah anda selepas membersihkannya.

Rawatan Timun & Lemon: Timun kaya dengan silika yang membantu menegangkan kulit dan menutup pori-pori. Manakala lemon tinggi dengan antioksidan merupakan cara yang baik untuk membersihkan kulit anda dari habuk, sel kulit mati dan minyak berlebihan. Campurkan kedua-dua ini dan sapukan setiap hari untuk mengurangkan saiz liang pori anda.

Rawatan Kulit Pisang: Pisang sememangnya sedap dan murah. Apabila anda selesai memakan isinya, kulit pisang dapat membantu menjadikan pori-pori anda kelihatan lebih kecil. Ia kaya dengan lutein, yang merupakan agen antioksidan. Ia juga mengandungi kalium, yang membantu menjadikan kulit anda bebas cela. Cukup sekadar gosok kulit pisang pada kulit anda setiap hari dan anda mempunyai rawatan di rumah yang berkesan untuk pori-pori yang lebih kecil.

Reduce Pore Size 01

APAKAH RAWATAN YANG BOLEH MEMBANTU MENGATASI LIANG PORI BESAR?

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai liang pori besar dan penyelesaiannya, hubungi kami untuk mengatur sesi perundingan. Pejabat kami dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Hubungi/WhatsApp: 012-662-5552/012-773 2074
Emel: contactus@premier-clinic.com

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos