Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Subsisi (torehan di bawah kulit)

Dermal Veil

APAKAH YANG MENYEBABKAN PARUT AKNE?

Parut akne adalah akibat langsung ketumbuhan jerawat dan selalunya dapat ditentukan melalui kulit yang radang dan nampak bengkak atau merah-merah. Parut juga boleh muncul selepas jerawat sembuh ataupun apabila jerawat dikutil atau dipicit. Jerawat yang diusik pula akan menyebabkan kulit bertambah radang dan ini memburukkan lagi masalah.

Kolagen, sejenis bahan semula jadi yang diperlukan oleh kulit untuk membaiki dirinya, akan dihasilkan. Jika badan mengeluarkan terlalu sedikit atau terlalu banyak kolagen, parut yang berlesung atau membusut akan terbentuk.

APAKAH ITU SUBSISI?

Subsisi ialah suatu teknik pembedahan kecil yang digunakan untuk merawat lesung-lesung yang terhasil akibat parut akne pada muka. Rawatan ini berkesan dan sesuai bagi semua jenis kulit. Subsisi biasanya dapat mencetekkan lesung-lesung ini sebanyak 50%.

Jarum halus akan dicucuk ke dalam kulit, tetapi ubat bius setempat akan diberikan dahulu supaya anda tidak akan berasa sakit semasa prosedur dijalankan. Doktor kami akan menggunakan jarum tersebut untuk memecahkan jaluran tisu berserat yang menarik kulit turun. Tisu berserat inilah yang menyebabkan kulit berlesung, berlekuk dan berparut. Apabila tisu ini dipecahkan, kulit boleh pulih dengan sempurna, dan sel-sel baru akan terhasil untuk mengisi ruang-ruang tadi. Selepas prosedur selesai, pembalut luka bertekanan akan digunakan pada kawasan yang dirawat dan pesakit biasanya boleh memandu pulang tanpa bantuan.

SELEPAS RAWATAN

Ada tempoh penyembuhan yang singkat selepas menjalani rawatan ini, dan pesakit dinasihatkan tidak melakukan aktiviti lasak selama 48 jam selepas menjalani subsisi. Doktor mungkin akan memberikan ubat antibiotik sebagai langkah berwaspada atau pencegahan. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami ialah sedikit lebam dan pigmentasi pada kawasan rawatan, yang akan hilang dalam masa 3 bulan hingga setahun.

Hasilnya kekal dan biasanya nyata selepas 2 atau 3 kali rawatan, tetapi ini berbeza-beza bagi setiap pesakit. Sewaktu berunding, doktor anda akan menentukan bilangan sesi rawatan yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang sebaik-baiknya bagi anda. Rawatan juga boleh digabungkan dengan terapi Dermaroller, Laser CO2 Pecahan atau PRP (plasma yang kaya dengan platelet) untuk mendapatkan hasil yang optimum. Bincang dengan doktor untuk mengetahui rawatan mana yang paling sesuai untuk anda.

SEBELUM / SELEPAS

1

2

3