Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Sculptra Untuk Meraut / Membentuk Garis Muka

Sculptra2
CARANYA

Sculptra mampu mengembalikan keremajaan kulit dengan cara mencetuskan penghasilan kolagen baru di dalam kulit. Kulit memerlukan kolagen untuk membaiki dirinya sendiri kerana kolagen adalah suatu unsur binaan yang penting dalam pembentukan lapisan kulit baru. Kolagen mengisi bahagian muka yang cekung dan juga boleh dipergunakan untuk mengubah bentuk muka yang terlebih berlemak. Selain itu, kolagen juga mengurangkan kedut, garis-garis halus, lingkaran hitam di sekeliling mata, kantung lemak di bawah mata dan sebagainya apabila kesannya mula terlihat.*

Doktor akan menentukan dan menandakan kawasan rawatan yang khusus sebelum memulakan rawatan. Beberapa suntikan berisi Sculptra akan dimasukkan ke dalam lapisan bawah kulit. Ini akan mencetuskan penghasilan kolagen dan memulakan proses penyembuhan serta pengisian atau pengubahan bentuk. Kawasan yang telah mengecut akibat tisu lemak yang berkurang sepanjang bertahun-tahun lamanya akan dikembungkan untuk memberi anda bentuk muka yang nampak lebih asli.*

Prosedur ini boleh dilakukan dengan pantas dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Selalunya, pesakit akan menjalani dua sesi rawatan, tetapi ini bergantung pada keadaan kulit serta hasil yang dikehendaki. Suntikan Sculptra dicampurkan dengan licodaine, iaitu sejenis ubat pelali, untuk mengurangkan keresahan yang mungkin dialami.

Sculptra tidak sesuai digunakan pada orang yang menghidap penyakit autoimun seperti artritis atau lupus.

SELEPAS RAWATAN

Hasil biasanya dapat dilihat selepas 4-6 minggu kerana kolagen memerlukan masa untuk bertambah. Selepas itu, anda sepatutnya nampak kesan kecantikannya secara beransur-ansur apabila kulit menjadi lebih tebal dan muka anda menjadi lebih berisi.*

Rawatan kedua disyorkan untuk menyempurnakan proses pembentukan garis muka ini dan hasilnya bertahan sehingga 3 tahun.*

Sesi-sesi rawatan dijarakkan setiap selang sebulan, dan pesakit yang berusia melebihi 50 tahun boleh menjalani 3 sesi untuk memperoleh hasil yang lebih baik lagi.

Kulit anda mungkin menjadi merah-merah dan lebam sedikit. Kesan merah-merah ini sepatutnya hilang selepas beberapa jam manakala lebam akan hilang dalam masa 1 minggu.
Sebelum dan Selepas
testimonial2*