Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

Rawatan Vanquish Mengurangkan Lemak

wieght loss

Vanquish adalah rawatan baru tanpa bedah yang membuang dan menyingkirkan lemak badan menggunakan teknologi radiofrekuensi (RF) yang selamat untuk menghapuskan sel-sel lemak yang tidak dikehendaki. Antara kawasan yang disasarkan ialah tisu adipos pada bahagian perut, pinggang dan belakang badan. Sejak diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 2013, teknologi revolusi ini telah digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Vanquish

Vanquish memanaskan lemak pada bahagian abdomen tanpa mencederakan kulit ataupun tisu-tisu otot di sekelilingnya. Teknologi ini boleh digunakan terhadap lelaki dan juga perempuan yang payah membuang lapisan lemak pada bahagian perut. Selepas sel-sel lemak dimusnahkan, badan anda akan menyingkirkannya dengan sendiri. Melalui beberapa kajian klinikal, teknologi ini telah terbukti berkesan mengurangkan lemak perut sebanyak 2 inci atau lebih, dan juga mampu menghapuskan sehingga 59% sel lemak yang disasarkan.

Rawatan singkat selama 30 minit ini memang lebih bagus berbanding dengan kaedah-kaedah lain yang juga mengurangkan lemak tanpa bedah dan lebih murah pula. Vanquish juga kurang menimbulkan kesan sampingan berbanding dengan prosedur-prosedur lain, dan dapat membuang lebih banyak lemak selepas setiap sesi rawatan berbanding dengan teknik-teknik pengurangan lemak tanpa bedah yang lain. Kulit mungkin menjadi merah-merah dan terasa suam sedikit sewaktu menjalani rawatan tetapi tiada rasa sakit atau kurang selesa, maka bius tidak diperlukan. Jangkitan tidak mungkin berlaku dan tiada tempoh penyembuhan selepas rawatan ini dilakukan kerana Vanquish bukan pembedahan.


Klik butang anak panah di atas ini untuk menonton cara Dr Chen Tai Ho melakukan prosedur Vanquish pada pelanggannya.


Doktor kecantikan kami, iaitu Dr Chen Tai Ho, telah ditemu bual mengenai Vanquish dan disiarkan melalui televisyen. Klik butang anak panah untuk memulakan tayangan.

Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Rawatan Pengurangan Lemak Vanquish

Berapa lamakah tempoh setiap rawatan?
Setengah jam.

Berapa kali rawatan diperlukan?
Biasanya sehingga 8 kali, dilakukan sekali seminggu. Ini bergantung pada jenis badan anda dan juga nasihat doktor.

Adakah rawatan ini menyakitkan?
Tidak, alatnya tidak menyentuh kulit anda. Penerima rawatan Vanquish mungkin mengalami sedikit rasa “suam”.

Jadi bagaimana tindakannya?
Vanquish menggunakan gelombang radio yang menyasarkan sel-sel lemak yang tidak dikehendaki dan memusnahkannya.

Bolehkah rawatan ini mencederakan atau merosakkan kulit dan tisu otot?
Tidak, rawatan ini menghapuskan sel-sel lemak sahaja. Vanquish tidak mengganggu tisu sekeliling.

Siapakah yang harus memilih rawatan Vanquish?
Lelaki dan wanita yang ingin membuang 2 hingga 4 inci daripada ukuran pinggangnya.

Bilakah boleh saya peroleh hasilnya?
Sedikit hasil akan diperoleh walaupun selepas satu atau dua sesi. Kebanyakan pesakit melaporkan hasil yang terbaik dalam masa 2 hingga 3 bulan selepas sesi terakhir.

Vanquish-treatment

 

 

 

 

 

 

 

 
Sebelum & Selepas

Advanced-Skin-Fitness-Dallas-Vanquish-2-300x300