Jangkitan fungus pada kulit bukanlah suatu masalah yang serius dan terdapat pelbagai cara dan teknik yang dapat digunakan antaranya melalui rawatan laser. Dapat tempoh 6 bulan, kulit anda boleh kembali sihat. Rawatan ini diperakui oleh selamat dan efektif oleh KKM dan rata-rata doktor.
Pesakit perlu menjalani 1 sesi rawatan laser Long Pulse Nd:YAG selama sebulan bagi merawat kulit yang berkulat. Kuku akan dirawat terlebih dahulu kerana mungkin berlaku jangkitan kulat (walaupun tiada gejala ditunjukkan). 1 sesi rawatan mengambil masa sekitar 15 minit. Beberapa sesi rawatan mungkin diperlukan untuk mendapatkan hasil rawatan yang sempurna.
Laser ini mengeluarkan haba untuk membunuh sel kulat. Ini adalah untuk mengelakkan pertumbuhan sel kulat yang baru. Gelombang infra merah yang dikeluarkan oleh laser Long Pulse Nd:YAG akan memasuki kulit dan diserap oleh hemoglobin dan kromofor melanin bagi memulakan proses onikomikosis seterusnya membanteras pertumbuhan kulat secara berkesan.
Rawatan laser ini mendapat kelulusan FDA dan semakin dikenali di Malaysia kerana manfaatnya terhadap kesihatan kuku. Kaedah penyembuhan semula jadi melalui proses onikomikosis digunakan bagi menghalang punca pembentukan fungus pada kulit dan menjadikan kuku lebih sihat dan cantik.
Terdapat beberapa jenis jangkitan kulat pada kulit yang boleh merebak hampir kesemua bahagian badan yang dikenali sebagai jock itch, kurap (ringworm), “athlete’s foot”, and jangkitan”yis”. Boleh dikatakan jangkitan-jangkitan ini berpunca daripada sejenis kulat yang dikenali sebagai “candida’, yang aktif membiak pada suhu yang suam dan keadaan kulit yang lembap. Kawasan kulit yang bersentuhan seperti lipatan-lipatan badan, ketiak, pangkal paha dan lain-lain berpotensi untuk mengalami pembiakan kulat dan harus dibersihkan dengan sempurna.
Jangkitan fungus pada kulit seperti jock itch, ringworm, athlete’s foot dan yeast infection boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Jangkitan ini berpunca daripada kulat candida yang membiak di kawasan badan yang panas dan lembap seperti di bahagian lipatan-lipatan kulit berlemak, ketiak, dan di bahagian ari-ari. Kawasan ini haruslah sentiasa dibersihkan untuk mengelak.
Kulat senang membiak pada kulit jika individu tersebut tidak mengamalkan kebersihan diri, memakai pakaian dan kasut yang ketat dan ditambah pula dengan cuaca yang lembap. Luka atau lepuhan kulit akan memburukkan lagi jangkitan ini. Haba laser yang dipancarkan ke dalam lapisan kulit akan membunuh kulat tanpa merosakkan kulit dan kuku. Dengan penjagaan yang betul, tekstur kulit dan kuku akan menjadi lebih sihat dengan hanya satu sesi rawatan sahaja.
Pesakit mungkin akan merasa sedikit tidak selesa ketika rawatan. Namun, ianya akan hilang selepas rawatan tersebut.
Pesakit tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan yang memudaratkan dan mereka boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa sejurus rawatan tamat.
Rawatan ini sangat mudah dan pantas untuk diselesaikan serta tiada kesan sampingan. Jika tiada masa, pesakit juga boleh menjalani rawatan ini semasa waktu rehat makan tengah hari dan boleh meneruskan pekerjaan seperti biasa selepas tamat rawatan.
Rawatan ini memakan belanja sekitar RM300 jika dilakukan di Premier Clinic. Berbanding rawatan lain, laser membuahkan hasil yang lebih berkesan. Hubungi kami jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut akan rawatan ini beserta anggaran jumlah keseluruhan kos rawatan.
Sekiranya anda menjalani rawatan di Premier Clinic, pesakit akan dimaklumkan mengenai jenis dan jumlah sesi rawatan yang diperlukan. Bergantung kepada keadaan jangkitan, doktor akan menggabungkan beberapa teknik rawatan, serta akan membekalkan ubat-ubatan atau krim kulat bagi memaksimakan hasil dan menghalang pembentukan semula jangkitan kulat.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan ini dan bagi membolehkan kami memeriksa keadaan anda dan mencadangkan rawatan yang bersesuaian, anda boleh menghubungi kami atau hadir ke klinik kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City.
Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Haba yang dikeluarkan mendatangkan sedikit ketidakselesaan kepada pesakit semasa dalam rawatan.
Bergantung kepada keadaan kulit pesakit, sekurang-kurangnya 4 sesi rawatan dengan jarak 1 minggu bagi setiap sesi diperlukan.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos