Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

q-Switch Nd:YAG Laser Untuk Mencerahkan Kulit

YAG

CARANYA

Kulit yang cerah sering menjadi idaman ramai orang pada masa kini, dan q-Switch Nd:YAG Laser boleh membantu anda mencapainya. Laser ini menghapuskan sel-sel yang tidak dikehendaki pada permukaan kulit dengan menggunakan cahaya bertenaga tinggi yang dipancarkan pada bahagian yang hendak dirawat. Ini membolehkan lapisan kulit baru yang lebih licin, lebih cerah dan lebih sihat terbentuk untuk menggantikan yang lama.

Pancaran laser menembusi jauh ke dalam kulit tanpa mencederakan lapisan teratas, dan merangsang kulit untuk menghasilkan kolagen baru dan juga vitamin serta mineral penting yang diperlukan. Unsur-unsur ini diperlukan oleh kulit untuk membaiki dirinya dan untuk memastikan sel kulit yang baru lebih sihat dan baik keadaannya daripada yang dahulu, di samping memelihara keremajaan paras rupa.

Rawatan laser ini secara bandingannya tidak menyebabkan rasa sakit dan pantas, bermaksud bahawa anda yang sibuk boleh menjalani rawatan ini walaupun semasa waktu makan tengah hari. Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit dan dapat mencerahkan rona kulit anda. Sebabnya ialah pancaran laser akan ditumpukan pada pigmentasi di dalam kulit. Setelah pigmentasi ini dihapuskan, kulit menjadi lebih cerah sedikit dan lebih bermaya.

Rawatan ini mungkin tidak sesuai jika:

  • Anda diberi preskripsi Roaccutane dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Ada jangkitan atau dermatitis pada bahagian yang hendak dirawat
  • Anda hamil
  • Anda pernah pulih daripada luka dengan cara yang abnormal atau anda pernah mendapat parut yang membesar, menaik atau tidak sekata (keloid)
  • Anda menggunakan ubat yang sensitif terhadap cahaya
  • Anda mengalami sawan yang tercetus oleh cahaya


Klik pada butang anak panah di atas ini untuk menyaksikan doktor-doktor kami mendemonstrasikan tindakan q-Switch Nd:YAG Laser

SELEPAS RAWATAN

Anda boleh kembali menjalani kehidupan seharian sejurus selepas selesainya rawatan kerana tidak ada tempoh pemulihan. Tidak ada kesan sampingan yang serius akibat prosedur laser ini, mahupun bengkak, parut atau lebam pada kulit. Kulit anda hanya mungkin merah-merah sedikit tetapi ini hanyalah sementara dan sepatutnya hilang dengan sendiri dalam masa 30 minit.

Selepas beberapa bulan, hasil rawatan akan bertambah baik dan kulit anda akan menjadi semakin cerah dan semakin sihat selepas setiap sesi rawatan. Biasanya, kitaran rawatan sebanyak 6 sesi diperlukan dan ini akan dilakukan setiap selang 2 minggu. Walau bagaimanapun, bilangan ini mungkin berbeza, bergantung pada kulit anda. Doktor kami akan menentukan bilangan sesi yang sesuai bagi anda semasa rundingan pertama.

Sebelum & Selepas

1

2

3

4

5

6

7

8