Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Plasma Yang Kaya Dengan Platelet (PRP) untuk Merawat Keguguran Rambut

1

APAKAH YANG MENYEBABKAN RAMBUT GUGUR?

Secara purata, setiap orang menggugurkan kira-kira 50-100 utas rambut sehari dan rambut yang hilang ini tidak nyata. Walau bagaimanapun, keguguran rambut yang keterlaluan boleh nampak hodoh dan boleh meninggalkan tompok-tompok yang botak. Perubahan hormon, penyakit yang tertentu dan proses penuaan adalah antara faktor yang menyebabkan keguguran rambut, tetapi punca yang utama ialah faktor genetik.

Masalah keguguran rambut, iaitu penyakit alopesia, boleh mengakibatkan rambut lelaki dan wanita menipis. Maka muncul tompok-tompok yang botak, atau rambut menjadi sangat lemah lalu gugur bercekak-cekak semasa dibasuh atau disikat. Kulit kepada juga harus diperiksa untuk mencari jangkitan atau masalah tiroid kerana ini juga boleh menyebabkan rambut gugur.

APAKAH TERAPI PRP?

Terapi plasma yang kaya dengan platelet melibatkan darah diambil daripada pesakit, seperti melakukan ujian darah. Sebuah mesin kemudiannya digunakan untuk menguraikan darah kepada platelet, serum dan sel darah, yang dimasukkan semula ke dalam badan untuk mencetuskan pertumbuhan rambut.

Faktor-faktor pertumbuhan yang dilepaskan oleh platelet merangsang folikel rambut yang tidak aktif agar menghasilkan rambut baru untuk menggantikan rambut yang gugur. Tindakan ini dapat menentang masalah keguguran rambut. Faktor-faktor pertumbuhan ini juga mencepatkan proses penyembuhan dan lama-kelamaan, kulit kepala menjadi semakin sihat disebabkan penghasilan tisu baru secara giat*.

Bergantung pada pesakit, doktor akan memberikan nasihat dan mengesyorkan bilangan sesi yang sesuai untuk memperoleh hasil yang sebaik-baiknya.

HASIL DAN PEMULIHAN

Rambut baru boleh dijangka tumbuh dalam tempoh 2 bulan, tetapi hasilnya lebih nyata antara bulan ke-5 hingga ke-8 selepas rawatan*. Rambut akan terus tumbuh sehingga setahun selepas rawatan, dan selepas itu anda boleh menjalani rawatan tambahan untuk mengekalkan kelebatan rambut.

Kulit anda mungkin bengkak dan lebam sedikit sehingga seminggu selepas rawatan, tetapi ini ringan dan akan hilang. Rawatan ini hampir tidak memerlukan tempoh pemulihan dan anda boleh membasuh rambut sejurus selepas menjalaninya. Namun begitu, anda dinasihatkan tidak melakukan aktiviti berat sehingga kesan bengkak hilang sepenuhnya. Risiko berlakunya kesan sampingan sangat kecil kerana plasma yang ada secara semula jadi di dalam badan digunakan untuk melakukan rawatan ini. Oleh itu, ini pilihan yang lebih selamat daripada banyak kaedah lain yang digunakan merawat keguguran rambut.


Dr Aarthi Maria menunjukkan cara rawatan PRP dilakukan. Klik butang anak panah di atas ini untuk menontonnya.

Sebelum & Selepas

1*

2*

3* 4*