Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Plasma Yang Kaya Dengan Platelet (PRP) Untuk Merawat Akne

1

APAKAH YANG MENYEBABKAN AKNE?

Akne ialah penyakit kulit yang berlaku pada orang dewasa dan juga remaja. Walaupun penyakit ini lebih kerap berlaku semasa baligh, namun sesiapa pun boleh mengalaminya pada mana-mana peringkat zaman dewasa. Akne berlaku apabila liang roma, yang tersambung dengan kelenjar minyak melalui folikel, tersumbat oleh minyak yang terkumpul di situ. Minyak yang terkumpul ini menyumbat saluran yang digunakan oleh sebum, iaitu cecair semula jadi badan, untuk menyingkirkan sel kulit yang mati. Sekatan di bawah kulit ini menyebabkan pembentukan dan pertumbuhan jerawat.

Kira-kira 75% orang yang berusia antara 11 tahun hingga 30 tahun akan mengalami akne pada sesuatu masa, sama ada lelaki ataupun perempuan. Walau bagaimanapun, lelaki muda lebih mudah mendapatnya disebabkan kandungan testosteron yang lebih tinggi di dalam badan, yang boleh memburukkan lagi keadaan.

APAKAH TERAPI PRP?

Terapi plasma yang kaya dengan platelet (PRP) ialah proses pengambilan darah dari tubuh pesakit, sama seperti proses semasa melakukan ujian darah. Darah tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin yang mengasingkan sel darah, platelet dan serum. Ini seterusnya disuntikkan semula ke dalam bahagian badan yang perlu dirawat atau diremajakan, dan kadangkala digelar terapi ‘Puntianak’ atau ‘Drakula’.

Platelet membantu badan membaiki dirinya dengan cara membebaskan faktor pertumbuhan yang merangsang sel kulit untuk menghasilkan tisu baru, di samping memejalkan kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen. Ini menghasilkan sel kulit baru yang sihat dan kelihatan lebih gebu dan bermaya.

Doktor akan mengesyorkan 2-3 rawatan yang dilakukan setiap selang 2 minggu, tetapi ini mungkin berbeza-beza bagi setiap orang.

HASIL DAN PEMULIHAN

Selepas menjalani rawatan selama 3 minggu sahaja, kulit anda akan kelihatan lebih pejal dan lebih licin, dan bertambah lebih baik lagi sepanjang bulan-bulan selepas itu. Hasil ini biasanya tahan kira-kira 18 bulan, dan anda perlu menjalani rawatan tambahan untuk mengekalkan rupa ini.

Kulit anda mungkin bengkak dan lebam sedikit sehingga seminggu selepas rawatan, tetapi ini ringan dan akan hilang. Hampir tiada tempoh pemulihan selepas menjalani rawatan, dan risiko berlakunya kesan sampingan sangat kecil kerana plasma anda sendiri digunakan, maka rawatan ini lebih selamat dan lebih berkesan daripada kaedah awet muda yang lain.


Dr Aarthi Maria menunjukkan cara rawatan PRP dilakukan. Klik butang anak panah di atas ini untuk menonton

pp

Sebelum & Selepas

p4

p3

p2

p1