Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Plasma Yang Kaya Dengan Platelet (PRP) Menghilangkan Kedut

prp-treatment-wrinkles

APAKAH YANG MENYEBABKAN KULIT BERKEDUT?

Kedut adalah kesan penuaan yang tidak dapat dielakkan dan berlaku dengan sendiri apabila kulit hilang kemampuan menghasilkan kolagen. Kolagen mengikat kulit dalam keadaan yang tegang dan kenyal, maka ketiadaannya bermaksud bahawa kulit tidak lagi boleh berganjak kembali kepada bentuknya yang asal. Akibatnya, kerut dan lipatan muncul dan mula terbentuk pada kulit, yang akhirnya menjadi kedut dan garis-garis halus. Riak muka juga boleh membentuk kedut disebabkan kekurangan kolagen ini, manakala cahaya matahari yang terlalu banyak dan kurang air juga antara faktor penyebabnya.

APAKAH TERAPI PRP?

Proses terapi plasma yang kaya dengan platelet melibatkan darah diambil dari pesakit, sama seperti melakukan ujian darah. Darah itu akan dimasukkan ke dalam sebuah mesin khas yang menceraikan unsur-unsurnya kepada sel darah, platelet dan serum. Unsur-unsur ini seterusnya disuntikkan semula ke dalam bahagian badan yang perlu dirawat atau diremajakan, dan kadangkala digelar terapi ‘Puntianak’ atau ‘Drakula’.

Platelet yang dimasukkan semula ke dalam badan itu membantu badan membaiki dirinya apabila faktor-faktor pertumbuhan yang dilepaskannya merangsang sel-sel darah menghasilkan lapisan baru tisu. Platelet itu juga mencetuskan penghasilan kolagen baru di dalam kulit, yang membantu kulit tumbuh semula dengan sihat dan berseri untuk menghasilkan kulit baru yang licin.*

Kebanyakan pesakit hanya memerlukan 2-3 rawatan yang dilakukan setiap selang 2 minggu, tetapi ini mungkin berbeza, bergantung pada keadaan kulit setiap orang. Doktor akan menentukan bilangan rawatan yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang sebaik-baiknya.

HASIL DAN PEMULIHAN

Selepas menjalani rawatan selama 3 minggu sahaja, kulit anda akan menjadi lebih pejal dan lebih licin, dan bertambah lebih baik lagi sepanjang bulan-bulan selepas itu. Hasil ini biasanya tahan kira-kira 18 bulan* maka tidak kekal dan anda perlu menjalani rawatan tambahan untuk mengekalkan rupa ini.

Kulit anda mungkin bengkak dan lebam sedikit sehingga seminggu selepas rawatan, tetapi kesan ini akan hilang dengan sendiri dan tidak begitu menyakitkan. Hampir tiada risiko berlakunya kesan sampingan kerana ini rawatan semula jadi, maka rawatan ini lebih selamat dan lebih berkesan daripada banyak teknik awet muda yang lain.


Dr Aarthi Maria menunjukkan cara rawatan PRP dilakukan. Klik butang anak panah di atas ini untuk menontonnya.
PRP for wrinkles plasma, buffy coat, eythrocytes

SEBELUM & SELEPAS

prp for hair*

prp for belly*

prp for face wrinkles*

prp for eye wrinkles*

prp for neck wrinkles*

prp before after*

prp treatment for face wrinkles*

prp therapy for eye wrinkles*

prp for balding*

prp therapy before and after*