Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

Plasma Yang Kaya Dengan Platelet (PRP) Mengecilkan Liang Roma

1

APAKAH YANG MENYEBABKAN LIANG ROMA MENJADI BESAR?

Liang roma pada kulit berminyak lebih mudah menjadi besar kerana masalah ini berlaku apabila sebum dan daki terkumpul. Ini kemudiannya mengembangkan kulit dan menjadikan liang roma kelihatan lebih besar daripada yang sebenarnya. Kulit juga akan hilang ketegangannya dan keanjalannya apabila kita meningkat tua, dan ketidakmampuannya berganjak kembali kepada bentuknya yang asal menyebabkan liang roma melebar. Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari juga satu faktor penyebabnya, kerana kulit akan menghasilkan sel-sel kulit baru di sekeliling liang roma untuk membanteras sinaran UV, tetapi malangnya ini juga melebarkan liang roma.

APAKAH TERAPI PRP?

Darah diambil dari tubuh pesakit, sama seperti melakukan ujian darah, dan dimasukkan ke dalam mesin yang mengasingkan sel-sel darah, serum dan platelet. Inilah yang memberinya nama plasma yang kaya dengan platelet. Unsur-unsur ini seterusnya disuntik semula ke dalam bahagian badan yang perlu dirawat atau diremajakan. Kaedah ini kadangkala digelar terapi ‘Puntianak’ atau ‘Drakula’.

Ini merangsang penghasilan tisu baru pada kulit apabila platelet melepaskan faktor-faktor pertumbuhan ke dalam tubuh untuk membantu tubuh membaiki dirinya sendiri. Kulit akan tumbuh semula dengan lebih sihat daripada dahulu, nampak lebih berseri dan gebu, dan mempunyai rona yang jauh lebih cantik dan sekata.

2 atau 3 kali rawatan yang dilakukan setiap selang 2 minggu disyorkan tetapi ini berbeza bagi setiap orang, dan doktor akan menentukan bilangan sesi yang sesuai untuk memperoleh hasil yang sebaik-baiknya.

HASIL DAN PEMULIHAN

Kulit anda akan menjadi lebih pejal dan licin selepas 3 minggu, dan hasilnya akan bertambah baik sepanjang beberapa bulan yang seterusnya. Kesan rawatan ini biasanya tahan kira-kira 18 bulan dan rawatan selanjutnya diperlukan untuk memelihara kesihatan kulit.

Kulit anda mungkin bengkak dan lebam sedikit sehingga seminggu selepas rawatan, tetapi ini ringan dan akan hilang. Rawatan ini hampir tiada tempoh penyembuhan maka anda boleh kembali melakukan rutin seharian dengan serta-merta. Risiko berlakunya kesan sampingan sangat kecil kerana rawatan ini menggunakan unsur-unsur semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh anda sendiri, maka rawatan ini lebih selamat dan lebih berkesan daripada teknik-teknik awet muda yang lain.

Dr Aarthi Maria menunjukkan cara rawatan PRP dilakukan. Klik butang anak panah di atas ini untuk menontonnya.


Dr Aarthi Maria shows how PRP is performed. Click on the play button above to watch

SEBELUM / SELEPAS

1

2