Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Perundingan Tentang Penyakit Kulit

MENGAPA PERLU MENJAGA KULIT?

Ramai orang tidak tahu bahawa kulit adalah organ yang terbesar di dalam tubuh. Meskipun kulit tidak sepenting jantung, paru-paru, dan organ-organ lain yang penting, namun kulit berperanan penting dari segi rupa dan kecantikan tubuh. Ramai orang menghidap penyakit kulit yang menjelikkan. Ini boleh mengurangkan keyakinan atau prestasi kehidupan seharian di tempat kerja ataupun di rumah. Anda harus mendapatkan nasihat pakar kulit jika kulit anda menampakkan tanda yang mungkin simptom penyakit, seperti jangkitan kulat, gatal-gatal, kulit mengelupas dan sebagainya.

Di Klinik Premier, pakar kulit kami dapat mendiagnosis masalah kulit anda dengan cepat, jika ada, dan mengesyorkan rawatannya. Penilaian awal mungkin memerlukan sampel kulit dihantar ke makmal kami untuk diuji agar dapat menentukan dengan tepatnya jenis penyakit yang dihidapi dan mengesan kemungkinan adanya penyakit kanser.
Klik pada butang anak panah di atas ini untuk menyaksikan penerangan Dr Aarthi Maria tentang penyakit kulit.


Click on the play button above to watch our Dr Aarthi Maria explain about skin diseases

RAWATAN

Setelah hasilnya diperoleh, kami kemudiannya boleh mengesyorkan kaedah rawatan yang boleh digunakan, seperti memakan pil ataupun menyapu krim yang tertentu pada kulit. Ujian ini biasanya tidak menimbulkan kesan sampingan, tetapi anda mungkin mengalami kesan sampingan semasa menjalani rawatan. Anda perlu mengikuti nasihat doktor dengan cermat semasa menjalani rawatan, seperti jumlah ubat yang harus digunakan, kekerapan menggunakannya, dan masa untuk menghentikannya.


Tonton Dr Aarthi Maria bercakap mengenai beberapa kaedah merawat

JENIS PENYAKIT

Antara penyakit kulit yang lazimnya menimpa rakyat Malaysia ialah:

EKZEMA

  • Ekzema ialah penyakit yang menyebabkan kulit menjadi radang atau rengsa. Antara simptomnya ialah gatal-gatal dan ruam. Kawasan yang terjejas menjadi bersisik dan kering.

PSORIASIS

  • Psoriasis menimbulkan tompok-tompok yang bersisik atau merah berserta gatal. Lukanya mungkin kecil ataupun meliputi kawasan yang luas.

SOPAK

  • Penyakit sopak mengakibatkan kulit kehilangan pigmen. Tubuh secara ganasnya memusnahkan melanin dan ini menghasilkan tompok-tompok kulit yang cerah.

KAYAP

  • Kayap juga dikenali dengan nama “zona” dan disyaki berlaku pada kulit yang ruam berbisa berserta lepuh. Kayap biasanya terbentuk sebagai jaluran.

JANGKITAN KULAT

  • Jangkitan kulat agak biasa berlaku dan menyerang ramai orang. Jangkitan ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan rupa. Sebaik-baiknya, dapatkan khidmat pakar kulit sebelum jangkitan ini merebak.

JANGKITAN HERPES SIMPLEX

  • Pelbagai jenis jangkitan herpes wujud dan penyakit ini mudah merebak melalui sentuhan dengan luka atau cecair badan orang yang terjangkit.

Kunjungilah Klinik Premier untuk berunding dengan doktor-doktor kecantikan kami dan rawatlah masalah kulit anda hari ini.