Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Pengelupasan Laser Karbon Menghilangkan Pigmentasi

APAKAH YANG MENYEBABKAN PIGMENTASI?

Kulit yang terdedah kepada pancaran matahari akan dirangsang untuk menghasilkan melanin, iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan kulit. Pigmentasi berlaku apabila kulit menghasilkan terlalu banyak melamin yang tertumpu pada sesuatu kawasan luas lalu membentuk tompok hitam yang jelas kelihatan. Walaupun pigmentasi tidak berbahaya, namun sesetengah orang menganggapnya hodoh dan mahukan rawatan yang dapat menghilangkannya. Pigmentasi juga boleh disebabkan oleh tabiat menggetu kulit, akne, kulit yang radang, perubahan hormon atau sesetengah jenis antibiotik atau ubat.

CARANYA

Pengelupasan laser karbon adalah rawatan inovatif yang menggunakan pancaran laser untuk merawat kecacatan rupa kulit dengan cara menimbulkan lapisan baru kulit. Rawatan ini menyerikan kulit, sekali gus menghaluskan lapisan baru yang didedahkan.

Prosedur ini dimulakan dengan melitupi kawasan kulit yang hendak dirawat itu dengan lapisan karbon yang tipis. Pancaran laser diacukan pada kulit dan bunyi klik akan kedengaran sepanjang rawatan. Warna zarah karbon yang gelap berperanan menyerap pancaran laser, dan seterusnya zarah karbon ini disedut dan ditanggalkan dengan vakum ringan, dengan itu menanggalkan lapisan teratas kulit yang rosak.

Ini menghasilkan tenaga haba di dalam kulit, dan mencetuskan penghasilan kolagen baru dan lapisan kulit yang baru. Hasilnya, kadar pertumbuhan tisu penghubung meningkat dengan nyata dan kulit akan terkelupas oleh zarah karbon, dengan itu membersihkan liang roma dengan sempurna.

Proses ini tidak menyebabkan rasa sakit atau resah. Anda cuma akan merasai suatu sensasi lembut seakan-akan kesemutan semasa rawatan. Disebabkan sifat laser yang serba boleh dan tidak fizikal, pengelupasan laser karbon juga sesuai digunakan pada kawasan yang sukar dirawat seperti hidung.

SELEPAS RAWATAN

Tiada tempoh penyembuhan bagi rawatan ini dan anda boleh kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa sejurus selepas rawatan. Perubahan segera akan kelihatan selepas sesi rawatan pertama, maka tidak hairanlah prosedur ini disukai ramai.

Bilangan sesi rawatan yang diperlukan bergantung pada keadaan kulit dan hasil yang dikehendaki tetapi rawatan ini elok juga digabungkan dengan prosedur-prosedur lain. Doktor kami sedia berbincang dan memberi anda nasihat, sebelum dan selepas sesi rawatan.
1

Sebelum & Selepas

2