Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Pengelupasan Kulit Menghilangkan Bintik-bintik Usia

skin_peel

APAKAH YANG MENYEBABKAN BINTIK-BINTIK USIA?

Bintik-bintik usia berlaku apabila kulit menghasilkan melanin untuk melindungi dirinya daripada pancaran UV yang merosakkan, lazimnya apabila terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari. Penghasilan melanin tertumpu pada beberapa kawasan kecil sahaja, yang menghasilkan bintik-bintik usia yang berwarna hitam, kelabu atau perang pada permukaan kulit.

Penghasilan melanin yang cepat ini juga boleh menyebabkan masalah hiperpigmentasi, iaitu melanin tertumpu pada suatu tompok kulit yang kecil, dan bukannya pada beberapa bintik halus, yang biasanya berwarna lebih gelap.

CARANYA

Rawatan pengelupasan kulit atau pengelupasan kimia ini disyorkan untuk lelaki dan juga wanita, dan sesuai untuk pesakit segenap usia. Kaedah ini menanggalkan lapisan teratas kulit untuk mendedahkan lapisan baru yang lebih sihat di bawahnya. Sejenis pelarut digunakan untuk mencetuskan pengelupasan lapisan teratas secara semula jadi. Ini menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan mendedahkan lapisan kulit baru yang lebih licin.

Klinik Premier menggunakan asid trikloroasetik (TCA) sebagai larutan pengelupas, yang juga salah satu bahan pengelupas asal yang digunakan untuk meremajakan kulit. Bergantung pada keadaan kulit anda, jenis-jenis larutan pengelupasan yang lain juga boleh digunakan dan ini akan dibincangkan dengan anda sewaktu sesi perundingan pertama.

Apabila larutan disapukan, kulit anda akan terasa pedih disebabkan kesannya. Udara sejuk akan dihembuskan pada muka anda dengan menggunakan alat di atas kepala anda untuk mengurangkan rasa pedih tersebut. Apabila selesai, demah sejuk akan ditekapkan pada kulit untuk membantu proses penyejukan.

Kekuatan dan kesan rawatan ini boleh ditinggikan dengan menggunakan beberapa lapisan larutan, tetapi ini bergantung pada jenis kulit dan hasil yang dikehendaki. Kulit akan nyata lebih halus selepas setiap sesi rawatan walau apa pun jenis larutan pengelupas yang digunakan.

SELEPAS RAWATAN

2 hingga 4 kali rawatan disyorkan bagi satu kitaran tetapi bilangan ini berbeza-beza mengikut keadaan setiap pesakit dan hasil yang diingini. Doktor akan mengesyorkan bilangan rawatan yang sesuai untuk memperoleh hasil yang sebaik-baiknya. Sesi rawatan akan dilakukan setiap selang 4 minggu. Jangan dedahkan kulit terlalu lama kepada cahaya matahari dan sapulah losen perintang cahaya matahari. Pelembap yang dibekalkan hendaklah digunakan selama seminggu ataupun sehingga kulit tidak lagi sensitif.


Klik pada butang anak panah di atas ini untuk menyaksikan Dr Elaine Chong melaksanakan prosedur mengelupas kulit.

4

8

9

Dahulu & Selepas

7

1

2

3

5

6