Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

Pembesaran Zakar

MENGAPA HARUS BESARKAN BATANG ZAKAR
Kita biasanya mengaitkan saiz zakar dengan panjangnya tetapi tidak pula memikirkan ukur lilitnya atau lebarnya. Tidak seperti yang dipercayai orang ramai, wanita melaporkan bahawa zakar yang lebar lebih memberi nikmat daripada zakar yang panjang. Dalam suatu kajian ilmiah, hanya 10% wanita menyukai zakar yang panjang, manakala 90% menyukai zakar yang lebar!

Kesihatan dan kepuasan seks penting dalam hubungan yang bahagia dan penuh kasih sayang. Atas sebab inilah lelaki membesarkan zakar, dan bukan kerana keaiban atau demi keyakinan diri.

Penis Enlargement for Confidence

CARANYA

Pesakit #1 Pembesaran Zakar di Premier Clinic (Video diterbitkan dengan persetujuan)

 

Pesakit #2(Video diterbitkan dengan persetujuan)

Zakar dibesarkan dengan menggunakan bahan isian dermis. Rawatannya agak pantas dan mengambil masa kira-kira sejam sahaja. Doktor kami yang profesional dan berpengalaman akan menyuntik isian itu ke dalam kepala zakar dan batang zakar dengan teliti untuk membesarkannya. Jarum yang kecil digunakan untuk menyuntik, bermakna prosedur ini ringkas dan selamat, tanpa banyak menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa. Ubat bius biasanya tidak diperlukan bagi rawatan ini.

Prosedur membesarkan zakar sudah beberapa tahun dilakukan, dan pesakit melaporkan hasil yang sangat memuaskan serta zakar yang kelihatan seperti yang asli. Biasanya, lilitan zakar akan bertambah kira-kira 20%, tetapi hasilnya berbeza bagi setiap orang. Kesannya tahan kira-kira setahun, dan kadangkala lebih lama, tetapi tidak kekal dan rawatan penambah selalunya diperlukan untuk mengekalkan ukur lilit zakar yang lebih besar ini.

SELEPAS RAWATAN

Di Klinik Premier, urusan anda dijamin 100% sulit, butir-butir tentang diri anda tidak akan didedahkan kepada orang lain, dan rawatan pembesaran zakar akan dirahsiakan seketat-ketatnya.

Anda tidak perlu melalui tempoh pemulihan selepas rawatan ini, bermakna anda boleh kembali menjalani kehidupan seharian sejurus selepas rawatan selesai. Zakar anda mungkin lebam sedikit sehingga 2 minggu lamanya tetapi kesan ini tidak akan menjejaskan kegiatan seks. Namun begitu, sebaik-baiknya hindarkan diri daripada bersetubuh atau melakukan aktiviti seks yang lain sekurang-kurangnya selama 2 hari selepas menjalani prosedur ini.

penile enhancement procedure