Pigmentasi Kulit Muka – Punca & Simptom

Medically reviewed by Doktor Azizi Yusuf on Jun 16, 2019

APA ITU PIGMENTASI?

Pigmentasi kulit merujuk kepada kemunculan  kegelapan yang tidak diketahui (hiperpigmentasi) atau pencerahan (hipopigmentasi) kulit. Punca kondisi kulit tersebut boleh dikaitkan dengan pendedahan kepada UVR, trauma, pengambilan ubat, bahan kimia, atau hormon dan kekurangan vitamin A dan C. Kekurangan asid lemak yang penting juga merupakan salah satu sebab. Sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan penyakit kulit seperti dermatitis, eczema dan psoriasis.

Kulit normal mengandungi sel melanocytes yang menghasilkan melanin, pigmen berwarna perang pada kulit dan apabila melanocytes menjadi abnormal atau disebarkan secara abnormal, ia menghasilkan masalah pigmentasi. Walaupun kebanyakan masalah kulit yang menyebabkan perubahan warna tidak berbahaya, kita perlu tahu bila ianya memerlukan perhatian.

What Is Pigmentation

BAGAIMANA PIGMENTASI KULIT BERLAKU?

Kita akan berhadapan dengan masalah pigmentasi tidak kira etnik atau warna kulit. Warna kulit akan kelihatan lebih cerah (hipopigmentasi) atau lebih gelap (hiperpigmentasi) daripada biasa di sesetengah bahagian tubuh. Ini berlaku kerana kulit menghasilkan melanin yang sangat berkurangan atau sangat berlebihan. Melanin dihasilkan oleh melanocyte dan ia adalah pigmen/warna kulit anda. Jumlah melanin yang terhasil akan menentukan warna kulit anda. Melanin terhasil dari enzim tyrosinase yang menentukan warna kulit, mata dan rambut kita. Melanin mempunyai dua bentuk utama.

What Is Pigmentation

Eumelaninkulit dan rambut perang

Pheomelan

Pheomelanmemberikan warna kuning dan merah

Melanin ialah pelindung cahaya matahari semulajadi kulit, bergantung kepada jumlah yang ada, ia boleh melindungi kulit dari cahaya UV. Melanin atau ‘tan’ adalah mekanisma asal untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari. Ini menyebabkan kulit jenis IV sehingga VI kurang terdedah kepada “sunburn”. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kulit jenis tersebut imun kepada masalah yang berkaitan dengan pigmentasi.

JENIS-JENIS PIGMENTASI KULIT

Hormonal Pigmentation

Pigmentasi kulit disebabkan hormon

Chloasma dan melasma adalah terma yang digunakan untuk menjelaskan bahawa pigmentasi kulit disebabkan oleh kadar hormon yang abnormal dalam tubuh. Jumlah ini dipengaruhi oleh kehamilan, nyahfungsi ringan ovari dan tiroid, pil pencegah kehamilan dan pengambilan ubat pencegah cahaya matahari. Chloasma pula merujuk kepada topeng kehamilan dan akan pudar selepas bersalin. Melasma ialah pigmen macule bersimetri yang merebak ke bahagian besar seperti pipi, bibir atas, dagu dan dahi dan lebih cenderung berlaku kepada wanita berbanding lelaki. Ia juga lebih cenderung berlaku kepada jenis kulit gelap. Walaubagaimanapun, ini tidak terkecuali kepada mereka yang berkulit cerah jika terdapat ahli keluarga mereka yang mempunyai sejarah pigmentasi kulit.

Photomelanosis

Photomelanosis

Photomelanosis bermaksud pertambahan pigmentasi kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada matahari dan selalunya terdapat di bahagian muka, leher, dan belakang badan. Ia mungkin kelihatan tidak sekata atau menyerap kegelapan daripada kulit yang terdedah.

PUNCA-PUNCA PIGMENTASI KULIT?

Apakah punca pigmentasi kulit? Kebanyakan kes pigmentasi berlaku adalah disebabkan oleh kerosakan akibat daripada matahari. Bintik usia adalah jenis pigmentasi kulit yang paling biasa. Pendedahan kepada cahaya matahari berlebihan boleh menyebabkan penghasilan melanin yang berlebihan pada kulit yang menyebabkan terjadinya bintik gelap. Jeragat, salah satu bentuk hiperpigmentasi yang disebabkan oleh genetik. Ia juga boleh terbentuk dengan pendedahan berlebihan terhadap sinar berbahaya UV. Jenis pigmentasi kulit yang lain mungkin disebabkan oleh masalah kulit seperti jerawat yang meninggalkan kesan gelap selepas pulih. Kesan melecur, kecederaan, rawatan ubat dan pembedahan kosmetik adalah antara penyebab lain penghasilan bintik hitam. 

4 caused of pigmentation

CARA MENGURANGKAN PIGMENTASI KULIT?

Masalah pigmentasi kulit berlaku apabila kita semakin berusia. Ianya lebih kerap berlaku kerana kerosakan pada struktur kulit. Kerosakan ini boleh berlaku disebabkan oleh mencalarkan kulit, penggunaan bahan kimia pengelupasan kulit atau pendedahan melampau terhadap sinar UV.

Walaupun begitu, terdapat rawatan yang berkesan untuk memperbaiki seri tona kulit anda dan menghilangkan cela kulit. Dengan sedikit kesabaran, anda mampu mencapai semuanya dengan sangat mudah. Ini adalah tips untuk mencegah masalah pigmentasi kulit:

Exfoliation is the key

Pengelupasan kulit

Kebanyakan orang tidak faham akan kepentingan untuk peneglupasan kulit. Membasuh muka sahaja tidak memadai. Sabun tidak menghilangkan sel kulit mati dan kotoran yang meresap di dalam kulit. Sel kulit mati, sebum, bakteria dan kotoran akan berkumpul dalam pori kulit muka. Jika pori kulit tersumbat, produk pencerah kulit yang anda gunakan tidak akan berkesan. Bahkan Ini akan menyebabkan penggunaan produk yang berlebihan.

Pengelupasan kulit semestinya perlu bagi kulit anda. Anda boleh menggunakan asid malic yang terdapat di dalam cuka sari epal. Ramai yang menggunakan cara ini untuk menghilangkan parut gelap jerawat. Ia juga mengandungi manfaat pencerahan kulit. Ia boleh membantu mengurangkan masalah pigmentasi kulit. Campurkan asid malic dan air. Anda juga boleh tambah satu atau dua sudu teh jus lemon untuk kesan yang lebih baik. Jus lemon mengandungi properti pencerahan. Letakkan campuran tadi ke dalam botol kecil dan gunakannya sebagai penyegar.

Hit the sack

Tidur yang cukup

Tidur adalah sangat penting untuk mencegah tona kulit tidak sekata dan masalah pigmentasi kulit. Apabila anda tidur, otak anda menghasilkan hormon melatonin. Hormon ini membantu mengurangkan kesan negatif sinar UV. Ia mencegah perubahan warna kulit yang disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari.

natural lightening moisturizer

Gunakan pelembap pencerah semulajadi yang berkesan

Pilih pelembap yang mengandungi Extrapone Nutgrass, Phytessence Wakame dan Maracuja. Extrapone Nutgrass mengandungi properti pencerahan yang boleh mencerahkan kulit sehingga 45% dalam dua minggu pertama penggunaan. Bahan ini juga mengandungi properti anti-iritasi untuk menghilangkan ruam. Phytessence Wakame ialah sejenis rumpai laut yang mencegah kehilangan asid hyaluronik. Asid ini diperlukan untuk membuat kulit kelihatan lembap dan lembut. Maracuja mengandungi properti emolien yang sama seperti dalam kulit manusia. Ia boleh menggandakan fungsi pengekalan dan penghasilan lembapan kulit.

pearl powder supplements

Mengambil suplemen serbuk mutiara

Wanita cina pada zaman dahulu menggunakan serbuk mutiara untuk menambah baik kulit mereka. Kaedah ini menunjukkan kelebihan yang luarbiasa untuk mencegah kerosakan kulit dan masalah pigmentasi kulit. Ia membuat kulit menjadi kemerah-kemerahan dan lebih berseri.

RUTIN PENJAGAAN KULIT SEMULAJADI UNTUK KULIT SIHAT

Rawatan semulajadi di rumah memerlukan kesabaran dan kesannya hanya boleh dilihat selepas usaha yang berterusan.

Papaya

Betik

Parut betik dan ambil jusnya. Letakkan jus di bahagian yang mengalami pigmentasi. Anda boleh meletakkan jus ke seluruh wajah untuk kulit lebih bersinar dan berseri. Amalkan rutin ini untuk sebulan. Anda akan mendapat hasil yang mengagumkan. Ini kerana enzim dalam betik mengandungi properti yang membantu membuang sel kulit mati. Setiap kali anda menggunakan jus betik, ia membuang sel mati dan menghasilkan sel baru yang menghilangkan bahagian pigmentasi.

Almond and milk

Badam dan susu

Kulit kering adalah satu penyebab berlakunya pigmentasi kulit. Oleh itu, mengatasi masalah kulit kering adalah sangat penting. Badam mengandungi asid lemak semulajadi. Nutrien di dalam badam mengekalkan khasiat asid lemak tersebut. Susu ialah ejen pencerah kulit. Untuk rawatan ini, rendam badam bersama susu semalaman. Hancurkan campuran tersebut sehingga menjadi pes. Sapukan pes tadi ke bahagian yang mengalami pigmentasi.

Guava and banana

Jambu dan pisang

Kandungan lycopene dalam jambu adalah sangat berkesan untuk rawatan kulit gelap. Pisang terkenal dengan properti pencerahan. Hancurkan jambu dan pisang sehingga lembik dan letakkan pada bahagian pigmentasi.

Avocados

Avokado

Avokado kaya dengan asid lemak, vitamin C dan asid oleic. Ini membuatkannya ejen yang sangat baik untuk meremaja dan memulihkan kulit.

Cocoa butter

Cocoa butter

Cocoa butter mengandungi properti antioksidan yang membantu menenangkan dan memulihkan kulit. Koko menyuburkan dan membantu mencegah hiperpigmentasi kulit.

Castor oil

Minyak kastor

Minyak kastor dan vitamin E berfungsi melembutkan kulit. Vitamin E membantu memulihkan kulit.

PILIHAN RAWATAN UNTUK MENCEGAH PIGMENTASI KULIT

SKIN PIGMENTATION Cover

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyelesaian masalah pigmentasi kulit yang sesuai untuk anda, sila hubungi kami untuk sesi konsultasi. Kami beroperasi dari 8 pagi sehingga 12 tengah malam SETIAP HARI.

Hubungi/WhatsApp: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)/ +6012-773-2074 (B.Cina)

Emel: contactus@premier-clinic.com

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos