Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Laser YAG Ringan Candela Merawat Kulit Yang Menggeleber

APAKAH YANG MENYEBABKAN KULIT MENGGELEBER?

Punca yang paling lazim menyebabkan kulit menggeleber ialah proses penuaan. Apabila kita semakin tua, kulit tidak lagi mampu menghasilkan kolagen dan elastin yang diperlukan untuk mengekalkan rupa kulit yang remaja. Oleh sebab dua bahan ini adalah tisu penghubung yang memberi kulit tekstur yang halus dan tegang, maka kekurangannya bererti kulit akan mula melorot dan menjadi kurang gebu. Otot muka juga semakin lemah apabila usia meningkat, maka tarikan graviti boleh memburukkan lagi masalah ini.

Antara penyebab lain ialah pendedahan kepada cahaya matahari yang merosakkan sel kulit serta menguraikan kolagen dan elastin, lalu mencepatkan kadar penuaan. Penyusutan berat badan, terutamanya jika berlaku dengan banyak dalam waktu yang singkat, juga boleh menyebabkan kulit menggeleber. Ini kerana kulit yang meregang terlalu lama jauh lebih sukar kembali kepada bentuk asal. Perokok juga berisiko kerana tabiat merokok mengeringkan kulit, dengan itu kulit kekurangan lembapan yang diperlukan agar sentiasa berkeadaan gebu dan tegang.

CARANYA

Rawatan Laser YAG Ringan Candela tidak mengikis kulit, tidak menyebabkan rasa sakit, dan tidak menimbulkan apa-apa kesan sampingan. Tiada tempoh penyembuhan selepas rawatan ini, maka anda boleh kembali melakukan rutin harian tanpa rasa bimbang. Pancaran laser YAG Ringan Candela yang lembut dan tidak mengikis kulit ini ditukarkan kepada tenaga haba dan dipindahkan ke lapisan dalaman kulit. Tenaga ini kemudiannya diserap ke dalam bahagian sasaran lalu merangsang penghasilan kolagen, elastin dan protein lain yang diperlukan untuk membolehkan kulit kembali halus. Hasilnya, kulit menjadi lebih tegang dan kedut-kedut menjadi kurang nyata, dengan itu memberi anda wajah remaja dan kulit yang terasa lebih segar. Kebanyakan pesakit dapat melihat hasilnya dalam tempoh 4-6 minggu selepas dirawat.

Selain itu, rawatan susulan setiap 4-6 minggu dapat mengekalkan keserian kulit sambil melambatkan proses penuaan. Laser YAG Ringan Candela adalah rawatan yang tidak melibatkan pembedahan, maka kaedah pembaikan kulit ini sesuai untuk mereka yang tidak mahu disuntik atau dibedah.