Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Kriolipolisis Zeltiq CoolSculpting Untuk Membentuk Garis Tubuh

ZELTIQ

MENGAPA PILIH ZELTIQ COOLSCULPTING?

Kehadiran sel-sel lemak yang degil sering menyukarkan ramai orang yang sedang bergelut dengan masalah menurunkan berat badan meskipun mereka menjaga makan dan rajin bersenam. Rawatan kriolipolisis Zeltiq CoolSculpting menggunakan teknologi penyejukan yang membekukan tisu-tisu lemak, dan khususnya menyasarkan sel-sel lemak manakala bahagian-bahagian badan yang lain tidak terusik olehnya. Tindakannya menyebabkan tisu lemak bersepai dan proses semula jadi badan akan membersihkan dan membuang sel-sel lemak selepas beberapa lama. Anda akan mendapat bentuk tubuh yang lebih langsing dan lebih pejal!

Teknik penyejukan ini diluluskan oleh FDA dan sangat disukai ramai. Setakat ini, rawatan ini telah dijalankan lebih daripada sejuta kali di seluruh dunia. Ini kaedah yang sesuai bagi mereka yang mahukan teknik yang tidak memasukkan alat-alat ke dalam tubuh seperti pembedahan atau kaedah penyedutan lemak. Selain itu, tiada tempoh penyembuhan diperlukan selepas rawatan penyejukan ini, bererti anda boleh serta-merta kembali melakukan rutin dan aktiviti harian.


Tekan butang anak panah untuk menonton temu bual Dr Chen Tai Ho pada televisyen mengenai rawatan Zeltiq CoolSculpting

PERBEZAAN ANTARA PENGURANGAN LEMAK DENGAN PENURUNAN BERAT BADAN

Apabila berat badan anda menurun, sel-sel lemak mengecil tetapi bilangannya tidak berkurang. Apabila berat badan anda naik semula, sel-sel lemak tersebut membesar balik kepada saiznya yang asal. Teknik CoolSculpting mengurangkan bilangan sel lemak di dalam badan secara kekal. Ini bermakna berat badan tidak akan naik pada kadar yang sama seperti dahulu. Selain itu, kedudukan sel lemak di kawasan-kawasan yang tidak dirawat pula tidak berubah, bermakna berat badan anda tidak akan naik pada bahagian-bahagian badan yang lain.

CARANYA

Sebagaimana dengan semua teknik tanpa bedah yang lain, anestesia (ubat bius) tidak diperlukan untuk menjalani rawatan ini kerana tubuh anda tidak akan dipotong. Lemak yang tidak dikehendaki khususnya akan dijadikan sasaran dalam penyejukan yang terkawal ini, dengan itu mengasingkan bahagian-bahagian badan yang hendak diubah bentuknya. Rawatan ini akan membekukan mendapan lemak ini tanpa mencederakan kulit dan sel-sel berhampiran, sambil membunuh sel lemak. Dalam tempoh 2-4 bulan seterusnya, badan akan menyingkirkan sel yang tidak dikehendaki ini dengan sendiri, dan bilangan sel lemak di dalam badan akan berkurang.

Dengan menggunakan kaedah ini, doktor kami dapat meraut dan membentuk bahagian-bahagian badan yang hendak dipejalkan dan diubah bentuknya. Prosedur ini pantas dan hanya meninggalkan kesan merah-merah dan lebam sedikit, yang akan hilang dengan agak cepat.

Bergantung pada keadaan anda dan hasil yang dikehendaki, sesi rawatan yang selanjutnya dapat mencantikkan lagi bentuk badan anda. Bincanglah dengan doktor untuk memahami rawatan ini dan memilih cara yang terbaik untuk memperoleh hasil yang terbaik.

*Hasilnya mungkin berbeza bagi setiap pesakit.

Sebelum & Selepas

1*

2*

3*

4*

5*