Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Jahit Dua Kali Dan Pintal (DST)

Teknik yang dicipta di Jepun pada tahun 2001 ini dimaksudkan sebagai prosedur yang kurang invasif dan sesuai untuk orang yang takut menjalani pembedahan. Hirisan yang dalam tidak diperlukan maka tiada parut yang hodoh ditinggalkan. Rawatan ini agak ringkas dan cepat, iaitu mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit bagi setiap mata.

Tindakannya

Tiga tusukan kecil dibuat pada kelopak atas kedua-dua belah mata. Kemudian, dua jahitan akan dibuat melaluinya. Benang tersebut seterusnya dipintal menggunakan teknik khas sebanyak empat hingga lima kali, kemudian diikat untuk menghasilkan lipatan sementara pada kelopak atas mata.

Apabila mata dibuka, bahagian bawah kulitnya ditarik untuk membentuk lipatan yang kelihatan semula jadi. Hasilnya ialah kelopak berganda. Mata anda akan menjadi lebih besar bersinar dan anda juga akan kelihatan lebih muda. Selain itu, rawatan ini tidak meninggalkan parut yang kekal.

Walaupun rawatan ini lebih cepat dan kurang menyakitkan, namun sifatnya yang tidak melibatkan hirisan bermaksud rawatan ini kurang berkesan daripada rawatan kelopak berganda biasa yang memerlukan hirisan. Di samping itu, benangnya mungkin putus maka kesannya menjadi kurang nyata selepas beberapa lama, tetapi biasanya hasil rawatan tahan lebih kurang lima tahun. Suatu kelebihannya ialah proses rawatan boleh dibalikkan jika hasilnya tidak bersesuaian dengan kehendak pesakit.

Rawatan ini tidak sesuai bagi orang yang mempunyai kelopak mata yang kendur atau tisu berlemak di keliling mata. Doktor akan mencadangkan prosedur lain yang lebih sesuai.

double-eye-lid-double-suture-twist

Selepas Rawatan

Tempoh penyembuhan bagi pesakit yang memilih rawatan jahit dua kali dan pintal ini juga lebih singkat. Oleh sebab teknik pintalan ini menyebabkan sedikit kesan bengkak sahaja, maka kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya dalam masa lebih kurang tujuh hari.

Sila hubungi kami untuk mengatur sesi perundingan bersama pasukan doktor kami yang sangat berpengalaman dan profesional untuk mengetahui sama ada rawatan jahit dua kali dan pintal sesuai untuk anda.


Demonstrasi Jahitan Kelopak Berganda


Jahitan Kelopak Berganda menggunakan kaedah Jahit Dua Kali dan Pintal (DST)


Jahitan Kelopak Berganda menghasilkan kelopak berganda untuk mereka yang hanya mempunyai satu lipatan pada kelopak mata.


Rawatan Jahit Dua Kali dan Pintal (DST) boleh dilakukan dengan selamat di Klinik Premier tanpa tempoh penyembuhan yang panjang.