Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Isian Di Bawah Kulit (Suntikan Bahan Isian Asid Hialuronik) untuk Menghilangkan Kedut

Dermal FIller (2)

APAKAH YANG MENYEBABKAN KEDUT / GARIS-GARIS HALUS?

Lipatan, garis atau kerut yang terbentuk pada kulit menjadi perkara biasa apabila usia kita meningkat, dan ini menyebabkan kulit berkedut. Kulit menjadi lebih kering dan lebih nipis, dengan itu kehilangan sifatnya yang anjal, seterusnya kurang mampu berganjak kembali kepada bentuknya yang asal. Akibatnya, kedut yang hanya muncul apabila riak muka bertukar dan hilang apabila muka berada dalam keadaan tenang, kini akan menjadi kekal. Kekurangan kolagen dan elastin juga menyebabkan kulit tidak lagi mampu membaiki dirinya.


Klik pada butang anak panah di atas ini untuk menonton Dr Kee Yong Seng menunjukkan cara bahan isian ini disuntik ke dalam kulit

MENGAPA PILIH ISIAN DI BAWAH KULIT?

Rawatan pengisian asid hialuronik tidak memerlukan tempoh penyembuhan dan teknik awet muda ini pantas memberikan hasil yang kelihatan semula jadi, membuatkan anda terasa lebih muda dan bermaya semula.*

Asid hialuronik dihasilkan secara semula jadi di dalam badan dan berfungsi menambah isi padu di bawah kulit muka bersama-sama dengan sel-sel lemak, kolagen dan elastin. Apabila anda meningkat tua, simpanan asid hialuronik yang semula jadi ini mula mengurai tetapi masalah ini boleh diatasi dengan menyuntik bahan isian di bawah kulit yang mengurangkan kedut dan garis-garis halus untuk menghasilkan kulit yang lebih montok. Hanya sedikit bahan isian sahaja diperlukan untuk mengubah wajah anda dengan nyata, membuatkan anda kelihatan jauh lebih muda.*

Rawatan ini boleh dilakukan bersendirian ataupun bersama-sama dengan rawatan lain seperti suntikan Botox dan rawatan menimbulkan lapisan baru kulit secara laser. Kesannya serupa dengan rawatan menegangkan kulit tanpa pembedahan. Prosedur ini sesuai bagi semua jenis kulit dan alahan tidak akan tercetus kerana asid hialuronik memang dihasilkan secara semula jadi oleh badan, maka kaedah ini selamat digunakan oleh sesiapapun.

BERAPA KERAP?

Isian di bawah kulit ini boleh bertahan melebihi setahun, tetapi jangka masanya berbeza-beza pada setiap orang. Oleh sebab asid hialuronik adalah bahan semula jadi, badan kita akhirnya akan menguraikannya dan menyerapnya, maka perlu diambil maklum bahawa pengisian di bawah kulit bukanlah rawatan yang kekal. Ini juga memastikan anda tidak terpaksa menampilkan wajah yang mungkin tidak anda suka pada masa hadapan.

PEMULIHAN

Kebanyakan orang boleh kembali melakukan rutin seharian sejurus selepas menjalani rawatan tanpa sebarang masalah. Kawasan yang dirawat mungkin merah-merah sedikit, bengkak sedikit atau lebam sedikit tetapi ini mudah sahaja disorok dengan solekan mineral.
dermal filler injection face area

Areas for botox injections

BEFORE/AFTER:

1*

3*

1*

3*

5*