Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Infusi Kulit SilkPeel Merawat Selulit

skin_peel

APAKAH YANG MENYEBABKAN SELULIT?

Selulit hanyalah lemak di bawah kulit tapi rupanya tidak rata kerana lemak itu menolak naik tisu-tisu penghubung dan menyebabkan kulit berbonggol-bonggol. Selulit bukan tanda kegemukan dan tidak berbahaya, tetapi mungkin dianggap hodoh. Ada beberapa punca pembentukan selulit, seperti sajian makanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, kurang cecair badan (dehidrasi) dan kadar metabolisme yang rendah. Selulit juga boleh disebabkan keturunan dan jika anggota keluarga anda ada selulit, kemungkinan besanya anda juga akan ada selulit.

MENGAPA PILIH SILKPEEL?

Seperti teknik mikropengikisan, Infusi Kulit SilkPeel juga menanggalkan lapisan teratas kulit untuk membuang sel kulit yang mati. Tekanan vakum menyedut kulit ke dalam suatu ruang di dalam alat yang dipegang, dan kepala berlian digunakan untuk melelas kulit dengan perlahan ataupun kuat mengikut aras kuasa yang ditetapkan.

Kaedah ini setahap lebih tinggi daripada mikropengikisan kerana rawatan ini memasukkan suatu larutan ke dalam lapisan kulit yang lebih dalam, iaitu di tempat terbentuknya sel-sel kulit baru untuk menggantikan yang lama. Tindakan ini juga menggiatkan semula pengeluaran kolagen baru oleh kulit, yang diperlukan oleh kulit untuk membaiki diri sendiri. Apabila lapisan kulit baru dan kolagen dihasilkan, selulit pada kulit yang lama itu akan berkurangan dan kulit akan terasa licin dan segar, serta kelihatan lebih muda*.

Rawatan ini akan meremajakan kulit, manakala larutan yang dimasukkan itu memastikan kesan yang nyata selepas sesi pertama*. Rawatan seterusnya yang dilakukan setiap selang dua minggu akan mencantikkan lagi kulit. Selepas kitaran pertama selesai, sesi seterusnya, jika perlu, akan dilakukan pada jarak masa yang lebih panjang. Doktor akan mencadangkan bilangan sesi yang sesuai untuk memperoleh hasil yang sebaik-baiknya.

SELEPAS RAWATAN

Rawatan ini pantas, iaitu mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja, bermakna anda boleh mengatur masa rawatan semasa waktu makan tengah hari dan terus kembali ke tempat kerja selepas itu. Tempoh penyembuhan tidak diperlukan dan anda boleh kembali melakukan rutin seharian dengan serta-merta. Pesakit yang berkulit sensitif mungkin mengalami sedikit rasa pedih atau gelenyar tetapi ini akan hilang selepas beberapa jam. Doktor akan mencadangkan dan membincangkan beberapa cara menjaga kulit selepas menjalani rawatan.

Sebelum & Selepas

Screen Shot 2016-01-27 at 7.44.42 PM *Screen Shot 2016-01-27 at 7.45.42 PM*