Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Botulinum Toksin untuk Kerandut

Ramai antara anda yang mungkin tertanya-tanya mengapa harus anda jalani prosedur seperti botulinum toksin skrotum (kerandut), atau biasanya digelar “scrotox.” Botulinum toksin disuntik ke dalam testikel untuk mencantikkan kerandut dan membuatkannya kelihatan lebih besar. Prosedur ini agak baru dalam dunia kecantikan tetapi sudah menjadi sangat popular di Eropah.

Rawatan botoks ke dalam testikel yang tidak melibatkan pembedahan ini tidak menyakitkan dan sesuai untuk orang yang tidak dapat menahan rasa sakit ataupun yang takut menjalani pembedahan. Anestesia umum akan diberikan sebelum prosedur scrotox ini dijalankan. Prosedur ini boleh disiapkan dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja. Oleh itu, orang yang sibuk pun sempat menjalani rawatan botoks ini sama ada semasa waktu makan tengah hari ataupun selepas waktu kerja. Dalam sesetengah keadaan, masa yang diambil lebih lama tetapi doktor akan memberitahu anda sewajarnya.

SELEPAS RAWATAN

scrotox botox treatment

Scrotox menawarkan pelbagai kelebihan yang berguna, seperti mengurangkan masalah berpeluh-peluh yang keterlaluan, iaitu sama seperti cara neurotoksin mencegah perpeluhan pada tapak tangan dan ketiak. Namun begitu, kebanyakan orang menjalani rawatan botulinum toksin ini untuk mencantikkan kerandut. Kedut-kedut pada testikel akan dilicinkan dan kerandut akan kelihatan lebih besar. Rawatan botoks ini juga boleh menambah baik kehidupan seks orang yang menjalaninya.

Kerandut anda mungkin terasa sakit dan sensitif sedikit selepas menjalani prosedur scrotox ini tetapi kesannya ringan sahaja dan biasanya hilang pada keesokan hari. Hasil rawatan botulinum toksin biasanya nyata lebih kurang seminggu selepas sesi tersebut tetapi tempohnya berbeza bagi setiap orang.

Kesan prosedur scrotox tahan agak lama, iaitu kira-kira tiga hingga empat bulan, tetapi tempoh ini juga berbeza bagi setiap orang. Doktor sedia memberikan nasihat dan bimbingan semasa sesi perundingan pertama sebelum memulakan rawatan.

Di Klinik Premier, butir-butir diri anda akan dirahsiakan dan privasi anda dijamin sepenuhnya. Dapatkan penerangan selanjutnya tentang scrotox daripada kami.

Sila hubungi kami secara telefon atau Whatsapp melalui talian +60-12-662 5552 (cawangan TTDI/ Bangsar/ Pusat Bandar KL) atau +60-16-706 0101 (cawangan Puchong) antara jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari, atau kirimkan e-mel kepada kami di alamat contactus@premier-clinic.com.

Kami tidak mengenakan bayaran bagi perundingan dengan doktor kami yang peramah dan berpengalaman.